Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji

Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji
link : Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji

Baca juga


Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji


Putrajaya: Islam tidak mendiskriminasi golongan LGBT dan umat Islam bebas berkahwin dengan golongan kafir tanpa perlu untuk memeluk agama Islam terlebih dahulu, dakwa Irshad Manji. 

Beliau sendiri telah pun mengahwini pasangan lesbiannya, Laura Albano pada tahun lepas. 

Dakwa beliau, “Tentu Dia (Tuhan) tahu apa yang Dia cipta sewaktu Dia mencipta seseorang seperti saya. Adakah Tuhan melakukan kesalahan?”

 Beliau menyoal, “Quran mendakwa bahawa semua ciptaan Tuhan adalah ‘cemerlang’ dan tiada apa yang diciptakanNya sebagai ‘sia-sia’. 

Sekiranya Sang Pencipta tidak berhajat untuk menciptakan saya, seorang lesbian, jadi mengapa Dia tidak ciptakan orang lain dan bukannya saya?” 

Beliau mendakwa ijtihadnya yang menggalakkan umat Islam untuk berkahwin dengan pasangan kafir tanpa perlu menukar agamanya terlebih dahulu mampu untuk menghalang golongan pemuda dan pemudi Islam keluar daripada Islam kerana cinta. 

Beliau berkata, “Begitu jelas generasi baru umat Islam amat mendahagakan idea-idea sebegini dan dengan interpretasi dan ijtihad saya berkenaan Islam, saya dapat menghentikan golongan muda dari kalangan umat Islam daripada keluar daripada Islam.” 

“Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil,” katanya lagi. 

Beliau juga menuduh bahawa al-Quran adalah tidak sempurna dan mempunyai cacat-cela, dan majoriti umat Islam melakukan suatu kesalahan besar dengan mendakwa bahawa hanya agama Islam adalah jalan sebenar bagi semua manusia.

 “Sesiapa yang percaya Islam hanyalah satu-satunya jalan kebenaran bagi umat manusia, pada pandangan saya adalah tidak berlandaskan al-Quran, kerana Quran menggesa kita agar bersikap merendah diri dalam menafsirkan al-Quran.”

 Dasar pemikiran beliau yang jelas bertentangan dengan pegangan sahih agama Islam telah memaksa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkan buku-buku penulisan beliau. 

Pengharaman buku beliau yang berjudul ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ telah membangkitkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak termasuklah Datuk Zaid Ibrahim yang kini merupakan ahli DAP dan Sarajun Hoda Abdul Hassan, bekas Timbalan Pengerusi perhimpunan haram anti-kerajaan Bersih 2.0.

Read more at: https://ift.tt/2szluGT


Demikianlah Artikel Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji

Sekianlah artikel Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/saya-lesbian-beriman-irshad-manji.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saya Lesbian Beriman – Irshad Manji"

Posting Komentar