Judul : [HENTI SALAHKAN POLIS] Pemimpin PH sudah jadi Kerajaan pun MASIH SALAHKAN pihak Polis
link : [HENTI SALAHKAN POLIS] Pemimpin PH sudah jadi Kerajaan pun MASIH SALAHKAN pihak Polis
[HENTI SALAHKAN POLIS] Pemimpin PH sudah jadi Kerajaan pun MASIH SALAHKAN pihak Polis
Lima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi, melibatkan “dua kumpulan bangsa India ”.
“Kenyataan ini palsu dan tidak bertanggungjawab.
“Ia menambahkan ketegangan antara masyarakat India, terutamanya susulan respon lambat dan tidak tidak efektif polis Subang Jaya,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.
Waythamoorthy membacakan kenyataan yang dikeluarkan bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Md Farid Md Rafik, yang juga timbalan kepada Waythamoorthy, turut hadir dalam sidang media itu.
Waythamoorthy ialah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perpaduan negara.
Polis Subang Jaya awal pagi tadi menyifatkan pergaduhan di Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights melibatkan "dua kumpulan bangsa India".
Kenyataan itu kemudian dipinda dengan menyebut ia melihatkan dua kumpulan, tanpa menyebut bangsa terlibat.
Justeru, Waythamoorthy berkata polis Subang Jaya patut disiasat dan diambil tindakan disiplin.
Kenyataan itu juga menyelar pihak polis yang didakwa lambat bertindak, yang menurutnya tiba selepas dua jam pergaduhan berlangsung.
Katanya, polis Subang Jaya tiba ke lokasi insiden kira-kira 4.15 pagi manakala pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 6 pagi.- Malaysiakini
Demikianlah Artikel [HENTI SALAHKAN POLIS] Pemimpin PH sudah jadi Kerajaan pun MASIH SALAHKAN pihak Polis
Sekianlah artikel [HENTI SALAHKAN POLIS] Pemimpin PH sudah jadi Kerajaan pun MASIH SALAHKAN pihak Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [HENTI SALAHKAN POLIS] Pemimpin PH sudah jadi Kerajaan pun MASIH SALAHKAN pihak Polis dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/11/henti-salahkan-polis-pemimpin-ph-sudah.html
0 Response to "[HENTI SALAHKAN POLIS] Pemimpin PH sudah jadi Kerajaan pun MASIH SALAHKAN pihak Polis"
Posting Komentar