Judul : Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP
link : Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP
Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP
TAMPIN - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub meminta orang ramai tidak mudah menyalahkan beliau dan kementeriannya dalam isu kenaikan harga produk pertanian dan penternakan di pasaran.
Tegas beliau, isu kenaikan harga barang termasuk ikan, daging, ayam dan telur adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Jelas beliau, tanggungjawab beliau dan kementeriannya pula adalah mengeluarkan serta memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi.
"Hasrat saya sebagai menteri yang baru memastikan bekalan makanan kita cukup. Beras, ikan, ayam, buah dan sayur cukup. Itu tugas kita. Saya faham baru-baru ini ramai orang marah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Saya bukan nak jadi menteri yang duduk dalam sindrom penafian. Semua perkara nak dinafikan, tetapi saya harap rakyat faham Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerjanya menghasilkan makanan, tentang harga itu tugas KPDNHEP," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Karnival MegaAgro Parlimen Tampin @ Gemas di Dataran Satria Gemas dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, tugas kementeriannya membela golongan petani dan penternak dengan meningkatkan pendapatan mereka, tetapi KPDNHEP tidak benarkan harga barang dijual tinggi.
Demikianlah Artikel Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP
Sekianlah artikel Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/harga-naik-menteri-jangan-salahkan-moa.html
0 Response to "Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP"
Posting Komentar