Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR

Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR
link : Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR

Baca juga


Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR

Setelah kerajaan BN dan saya dituduh berulangkali telah "rompak" RM19.2 bilion wang tuntutan balik input GST oleh Guan Eng, saya telah menunggu agak lama untuk Laporan Audit Negara terhadap isu bayaran balik input GST diterbitkan.

Alhamdulillah, laporan ini akhirnya keluar pagi ini. Kebenaran itu pasti.

Laporan Audit menunjukkan bahawa jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion (Gambar A).



Jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini juga kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang dari 30 hari.

Sebanyak RM3.90 bilion merupakan tuntutan pulang balik yang tiada pembekalan bercukai dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan - bermakna wang ini mungkin tidak sah untuk dibayar balik.

Tunggakan yang terbesar pula ialah jumlah RM9.65 bilion yang dikategorikan sebagai wang dalam semakan. Tetapi, laporan audit juga mengesahkan bahawa bahagian terbesar tunggakan ini ialah dari 90 hari ke bawah. (Gambar B)

Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun.

Ini bermaksud bahawa jikalau wang input GST lambat dibayar balik, ianya ialah kesalahan kerajaan PH sendiri.

Yang tidak semak dan tidak bayar ialah PH sendiri.

Laporan audit juga mengesahkan bahawa sebelum ini, pihak kastam di bawah pentadbiran BN dianggap cekap untuk membayar balik tuntutan GST (gambar C).

Setakat akhir tahun 2017, 98.6% dari tuntutan bayaran balik dibayar dalam tempoh kurang dari 100 hari.

Hanya 0.06% dari tuntutan yang diluluskan dibayar balik dalam tempoh 200 hari ke atas.

Terima kasih kepada Jabatan Audit Negara untuk mengesahkan bahawa Guan Eng sebenarya seorang penipu bersiri dan cuba tai-chi kelemahan dan kedangkalan sendiri untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu.

Laporan Audit ini juga menunjukkan bahawa ada jumlah yang sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu kastam iaitu RM3.90 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.

Oleh itu, saya hairan mengapa Guan Eng tergesa-gesa untuk menjarah wang Petronas berpuluh-puluh bilion untuk tahun depan dengan alasan mahu membayar balik tuntutan-tuntutan ini.

Oleh : Najib Razak   #CelahGelegar

(PENULIS, Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) ialah ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan dan pada masa ini masih merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang)


Demikianlah Artikel Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR

Sekianlah artikel Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/najib-laporan-audit-sahkan-tuduhan-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib: Laporan Audit SAHKAN Tuduhan BN Rompak Wang Tuntutan Balik GST TIDAK BENAR"

Posting Komentar