Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks

Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks
link : Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks

Baca juga


Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks

Kok Seong berpendirian 1MDB tiada kepentingan sejarah sekiranya dimasukkan dalam sukatan pelajaran sekolah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai kepentingan sejarah sekiranya dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.

Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata ia hanya akan mengajar pelajar sekolah untuk membenci dan tidak mengenang jasa pemimpin negara.

“Walaupun sekiranya pemimpin kita itu didapati bersalah nanti, dia akan mendapat hukuman yang lain tidak perlu menghukum beliau dengan cara sebegini.


"Jasa beliau tetap ada kepada negara ini, jika kita selitkan 1MDB dalam buku teks sejarah ia hanya akan memperlihatkan keburukan seorang pemimpin, sikap dan syarat ini tidak betul untuk kita sampaikan kepada anak bangsa kita.

“Ini bertentangan dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyatakan tahun depan di dalam perhimpunan sekolah nak adakan manual kesedaran sivik amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah,” jelas beliau.

Tambahnya, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk kes tersebut kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Pertamanya, kes itu masih dibicarakan di mahkamah, ada konsep subjudis yang mana kita tidak boleh bicarakannya apatah lagi masukkan dalam sejarah dan belum selesai serta akan mengambil masa bertahun.

Kedua, saya kira tiada signifikasi sejarah dalam perkembangan Malaysia, jika nak bincang pasal rasuah boleh dibuat di platform lain, bukan dalam buku teks sejarah dan tidak patut masukkan 1MDB sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik di Parlimen pada Isnin yang menyebut bahawa isu 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan mata pelajaran Sejarah. - Astro Awani #CelahGelegar


Demikianlah Artikel Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks

Sekianlah artikel Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/prof-pakar-sejarah-1mdb-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Prof. Pakar SEJARAH: 1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks"

Posting Komentar