Judul : DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?]
link : DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?]
DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?]
12 Rejab 1438H, Ahad – Sikap yang ditonjolkan anggota Parlimen pakatan harapan khususnya DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) pada pembentangan usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ibarat biawak hidup, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS itu berkata, sebelah pihak tidak berani membawa manakala sebelah lagi tidak hanya menentang, malah cuba menghalang hak membentangkan usul itu menerusi saluran demokrasi yang sah.
“Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang Presiden PAS dan Setiausaha Agong PAS di parlimen mengenai RUU355, kini cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS.
“Namun, strategi lapuk ini tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan di 2015,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan PAS yang menerima dana daripada 1MDB.
Malah turut sama mengeluarkan tuduhan terhadap PAS, Setiausaha PAN, Suhaizan Kayat yang mendakwa PAS Johor kini mewah apabila menyatakan akaun parti di kawasan itu mempunyai wang berjumlah RM11,000.
“Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan SPRM agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” kata Tuan Ibrahim.
Serentak itu, beliau menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai pakatan harapan termasuk mengadakan sebarang kerjasama dengan seterunya, DAP dan PAN.
“Keputusan ini telah terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan PAN terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk RUU355.
“PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga,” katanya. - ismaweb
Demikianlah Artikel DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?]
Sekianlah artikel DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?] dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/04/dap-pan-ibarat-biawak-hidup-tuan.html
0 Response to "DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?]"
Posting Komentar