Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman

Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman
link : Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman

Baca juga


Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman




KENYATAAN MEDIA
DATUK DR SHAHRUDDIN MD SALLEH
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengambil maklum mengenai peletakan jawatan dan pengumuman keluar parti melalui siaran media oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Saudara Kamarulazman Habibul Rahman. Menurut Fasal 10.2.2 Perlembagaan PPBM, seorang ahli yang mengisytiharkan keluar parti terlucut keahliannya secara serta-merta.

Berhubung dakwaan Saudara Kamarulazman bahawa wujud amalan pilih kasih dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian PPBM yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan parti, PPBM menafikan dakwaan ini. Pelantikan dibuat secara rundingan dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam menggerakkan parti di peringkat akar umbi berlandaskan prinsip musyawarah. Ini memandangkan terdapat ramai pihak yang berminat dan bersedia untuk menerajui pimpinan di peringkat bahagian PPBM di seluruh negara dan kata sepakat perlu dicapai sebelum pelantikan dibuat.

Pucuk pimpinan PPBM telah sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian dengan mengambilkira faktor sumbangan seseorang calon yang hendak dilantik, pengalaman, bakat kepimpinan dan penerimaan oleh masyarakat setempat. Setakat ini sebahagian besar Ketua Penaja Bahagian PPBM telah dilantik dan hanya beberapa bahagian sahaja yang memerlukan rundingan lanjut dengan beberapa pihak di akar umbi.

Saudara Kamarulazman sendiri telah dilantik sebagai Ketua Penaja PPBM Bahagian Teluk Kemang setelah rundingan lanjut dibuat dengan pelbagai pihak di akar umbi. Pelantikan tersebut dibuat setelah pucuk pimpinan mengambilkira faktor sumbangan beliau kepada parti dan penerimaan oleh ahli-ahli parti.

PPBM masih di peringkat penajaan dan pastinya memerlukan sedikit masa untuk mantap. Walaupun masih di peringkat awal, saya bersyukur kerana sambutan rakyat terhadap PPBM amat memberangsangkan dan telah banyak kejayaan yang ditempa oleh parti.

Sebagai sebuah parti baharu, PPBM tentunya amat mengharapkan sokongan dan dokongan rakyat, terutamanya para ahli dan penggerak parti untuk bersama-sama memperkukuhkan parti dan memberikan fokus kepada gerakerja untuk memenangi PRU14.

Justeru, saya bagi pihak pimpinan tertinggi PPBM mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli dan penggerak parti yang terus setia kepada parti dan bersedia untuk mengharungi segala cabaran demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.

Kepada Saudara Kamarulazman, saya bagi pihak pimpinan tertinggi PPBM merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan beliau selama ini serta mendoakan yang terbaik untuk beliau bagi masa hadapan.

DATUK DR SHAHRUDDIN MD SALLEH
Setiausaha Agung

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
20 April 2017


Demikianlah Artikel Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman

Sekianlah artikel Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/04/letak-jawatan-ppbm-doakan-terbaik-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Letak Jawatan: PPBM doakan terbaik buat Kamarulazman"

Posting Komentar