Judul : Adakah Najib PANIK lihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini
link : Adakah Najib PANIK lihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini
Adakah Najib PANIK lihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini
NAJIB MAKIN PANIK.
(oleh Shahbudin Husin)
Baru dua hari lalu Najib Razak menulis di blognya dengan menyatakan bahawa negara kini berada dalam mood positif untuk beliau mengadakan pilihanraya umum, namun nadanya kini berubah dengan tiba-tiba.
Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyatakan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan 5 hingga 9 Disember depan boleh ditangguhkan kiranya pilihanraya perlu diadakan terlebih dahulu.
Kata-kata Najib itu seolah-olah memberi gambaran kemungkinan Parlimen akan dibubarkan pada November atau Disember ini.
Selepas berkeyakinan jentera UMNO sudah bersiap sedia, prestasi ekonomi yang baik, KDNK memberangsangkan, rizab Bank Negara melebihi AS$100 bilion dan perpaduan rakyat di tahap tertinggi ekoran Sukan SEA yang sedang berlangsung, beliau hari ini berkata, tiada sebab bagi rakyat mahu menukar kerajaan yang ada.
Tambahnya, pengiktirafan daripada beberapa pihak, termasuk negara luar terhadap Malaysia membuktikan tahap pembangunan sedang berada di landasan yang tepat dan dengan yang demikian, kerajaan yang ada haruslah dipertahankan oleh rakyat.
Jika sudah berkeyakinan keadaan negara dalam mood positif, kenapa Najib harus bimbang dengan pertukaran kerajaan sehingga terpaksa menggunakan pujian daripada beberapa negara lain sebagai sandaran terbaru hujahnya?
Adakah beliau mula panik melihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini?
Apakah bila ada pujian daripada negara-negara lain, bermakna negara sedang dalam keadaan yang benar-benar baik untuk rakyatnya?
Apakah semua orang luar tahu permasalahan sebenar dalam rumahtangga negara kita?
Meskipun ekonomi dilaporkan berkembang positif dan semua yang lain dicatatkan baik-baik belaka, semua orang juga sedar semua itu hanyalah di atas kertas semata-mata dan langsung tidak mencecah, apalagi dapat merubah kehidupan rakyat.
Itulah sebabnya, di sebalik semua yang kononnya positif itu, ramai masih terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, wang dalam poket rakyat tidak pernah kecukupan, pengangguran tetap tinggi, siswazah berpuluh ribu tiada pekerjaan, perniagaan merudum dan rata-rata tertekan meneruskan kehidupan.
Berbeza dengan era Tun Mahathir di mana rakyat hidup sejahtera, ramai ahli perniagaan berjaya dan usahawan kelas menengah dilahirkan sehingga setiap kali lawatan beliau ke luar negara, pelbagai persefahaman dan perjanjian ditandatangani, sebaliknya di zaman Najib ini yang tampak benar-benar berjaya dan mencapai tahap bilionnaire hanyalah dua orang – Jho Low dan Najib sendiri.
Dalam hal berkaitan, tidakkah juga Najib sedar, di sebalik pujian daripada negara lain yang disebutkannya itu, ada beberapa negara lain, bahkan lebih banyak jumlahnya, sedang menyiasat dan telah menjatuhkan hukuman berkaitan skandal 1MDB dan pembelian kapal selam Scorpene?
Adakah Najib sedar bahawa selain kedua-dua skandal itu dikaitkan secara langsung dan tidak langsung dengan dirinya, yang lebih memalukan ialah skandal 1MDB telah mencatat rekod sebagai yang terbesar dalam sejarah dunia dari segi jumlah kehilangan wang yang dilaporkan dapat dikesan?
Maka, jika pengiktirafan daripada ulama Tunisia kononnya Malaysia adalah gambaran negara dengan imej Islam yang sebenar mahu dijadikan alasan jangan menukar kerajaan, bagaimana pula dengan penyiasatan oleh Amerika, Switzerland, Perancis dan beberapa negara lain berhubung skandal yang memalukan nama Malaysia yang juga boleh dianggap pengiktirafan terburuk?
Bukankah penyiasatan dan hukuman yang sudah dijatuhkan oleh dua tiga negara lain itu dengan sendirinya membuktikan Malaysia adalah tergolong sebagai negara penyamun atau istilah modennya, kleptokrasi?
Kalau sudah demikian jadinya kepada negara dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana salahnya keinginan rakyat mahu menukar kerajaan yang dirasakan ia boleh menjanjikan kehidupan lebih baik buat mereka?
Demikianlah Artikel Adakah Najib PANIK lihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini
Sekianlah artikel Adakah Najib PANIK lihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adakah Najib PANIK lihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/08/adakah-najib-panik-lihat-sambutan.html
0 Response to "Adakah Najib PANIK lihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini"
Posting Komentar