Judul : [KEHADIRIN PM, TPM, TMJ TAK MEMBANTU?] CURVA OFF Ultras Malaya PUNCA Kekalahan Malaysia
link : [KEHADIRIN PM, TPM, TMJ TAK MEMBANTU?] CURVA OFF Ultras Malaya PUNCA Kekalahan Malaysia
[KEHADIRIN PM, TPM, TMJ TAK MEMBANTU?] CURVA OFF Ultras Malaya PUNCA Kekalahan Malaysia
Protes Isu Tiket, Ultras Malaya Boikot Aksi Final Malaysia vs Thailand
Jika sebelum ini, sorakan kumpulan penyokong bola sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ultras Malaya akan menggegar segenap ruang stadium.
Namun berbeza pada aksi final bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) kali ini apabila kemuncak acara yang dinanti-nanti itu seakan-akan hilang serinya tanpa kehadiran Ultras Malaya.
Kumpulan itu yang menzahirkan sokongan menerusi laungan chant ‘Ale Ale Harimau Malaya’ membuat pengumuman mengejut apabila memutuskan untuk memulaukan acara kemuncak berkenaan.
Menurut satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook UM’07, keputusan itu dibuat sebagai solidariti kepada penyokong atau pemain ke-12 yang menjadi mangsa kegagalan sistem penjualan tiket aksi final tersebut.
“Ultras Malaya secara rasmi tidak akan membuka curva (memenuhi tempat duduk) untuk perlawanan akhir malam ini sebagai tanda solidariti buat komrad dan juga penyokong lain yang datang dari jauh mahu pun dekat, yang telah bersusah payah, berhempas pulas untuk mendapatkan tiket tetapi tidak dapat memperolehinya kerana kelemahan sistem penjualan tiket dari pihak penganjur,” kata gerakan itu.
Jelas gerakan itu, isu penjualan tiket bukan perkara baharu dalam bola sepak di negara ini.
“Kekalutan akibat kelemahan sistem penjualan sering berlaku baik dalam Liga Malaysia atau perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara bermain di separuh akhir atau perlawanan akhir.
“Sampai bila kita selaku penyokong nak kena hadap benda ini? Yang Berhormat sana sini sibuk dengan tiket percuma setiap kali semi final dan final atau perlawanan besar.
Dengan keputusan mengejut itu, ini bermakna aksi sepak mula penentuan pingat emas untuk negara hanya mengharapkan sokongan tukang sorak negara, Mansor Abdul Khoni dan kira-kira 30 ahli Kelab Penyokong Sukan Malaysia (Famemas) serta TM Malaysia.
Namun perlu diingat sorakan Ultras Malaya sebenarnya banyak membantu menaikkan semangat pemain lebih-lebih lagi apabila skuad negara begitu terdesak untuk mencari gol kemenangan.
Ketiadaan mereka pada kali ini pastinya bukan sahaja memberi impak kepada suasana kemeriahan di dalam stadium tetapi menjejaskan semangat pemain negara.
Namun, ketiadaan gerakan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan para pemain untuk menghadirkan ibu emas yang diharapkan selepas kali terakhir dimenangi pada 2011. – mstar
Ultras Malaya semasa pelawanan Malaysia- Myanmar
Ultras Malaya final Malaysia v Thailand 2014
Demikianlah Artikel [KEHADIRIN PM, TPM, TMJ TAK MEMBANTU?] CURVA OFF Ultras Malaya PUNCA Kekalahan Malaysia
Sekianlah artikel [KEHADIRIN PM, TPM, TMJ TAK MEMBANTU?] CURVA OFF Ultras Malaya PUNCA Kekalahan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KEHADIRIN PM, TPM, TMJ TAK MEMBANTU?] CURVA OFF Ultras Malaya PUNCA Kekalahan Malaysia dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/08/kehadirin-pm-tpm-tmj-tak-membantu-curva.html
0 Response to "[KEHADIRIN PM, TPM, TMJ TAK MEMBANTU?] CURVA OFF Ultras Malaya PUNCA Kekalahan Malaysia"
Posting Komentar