Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD)

Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD) - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD)
link : Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD)

Baca juga


Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD)

DAP akan mempertahankan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) seperti mana parti itu mempertahankan sekolah vernakular, kata pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.
"DAP akan mempertahankan kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja seperti DAP mempertahankan sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Malaysia dan negara yang 'berbilang bahasa, berbilang bahasa, pelbagai agama dan pelbagai budaya di Asia," kata Lim memberi jaminan dalam ucapannya pada ceramah di Ayer Hitam hari ini.
Beliau memberi respon terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi yang memberi amaran bahawa pasukan infantri dalam tentera darat itu mungkin dibubarkan jika kerajaan yang melaksanakan konsep 'Malaysian Malaysia' dipilih.
Walaupun Najib tidak menyebutkan nama parti politik, Malaysian Malaysia merujuk secara jelas kepada DAP yang digambarkan presiden Umno itu sebagai anti-Melayu dan Islam.
Lim berkata beliau kesal dengan tuduhan salah yang dilemparkan perdana menteri itu.
"Saya kesal apabila perdana menteri, Najib, meneruskan politik ketakutan dan berita palsu untuk menghasut orang Melayu agar takut kepada perubahan, terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang dengan memberi amaran jika Umno kalah, orang Melayu akan binasa dan DAP akan bangkit mendominasi," katanya.
"Ini adalah berita palsu kali kedua - pertama orang Melayu akan binasa jika Umno kalah dan kedua, semua pemimpin Melayu adalah konco dan boneka DAP, termasuk bekas perdana menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, Ketua Umum PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Presiden PKR (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu," kata anggota parlimen Gelang Patah itu.
"Izinkan saya bertanya kepada Najib - adakah DAP mengarahkan dan memanipulasi kerajaan Umno selama 22 tahun ketika Mahathir menjadi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003, di mana Najib adalah menteri besar Pahang dari 1982 hingga 1986 dan memegang pelbagai portfolio sebagai menteri belia, pendidikan dan pertahanan di bawah Mahathir?" soalnya.
Najib semalam meningkatkan serangannya terhadap DAP sejak parti pembangkang membentuk kerjasama dengan Mahathir, bekas pemimpin Umno.
Lim juga sebelum ini didakwa akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya HARAPAN menang di Putrajaya.
Ahli politik veteran itu berkata Najib perlu melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil serta "menghentikan politik ketakutan, pembohongan dan berita palsu".
"Dikenali sebagai kleptokrasi global sudah cukup buruk - pentadbiran Najib tidak boleh menambah julukan lain yang menghina dan memalukan Malaysia di arena antarabangsa," kata Lim.


Demikianlah Artikel Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD)

Sekianlah artikel Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD) dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/kit-siangdap-akan-pertahan-askar-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kit Siang:DAP akan Pertahan Askar Melayu (RAMD)"

Posting Komentar