Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah

Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah
link : Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah

Baca juga


Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah


SHAH ALAM - “Raya Aidilfitri nanti saya akan ke rumah Tun Dr Mahathir Mohamad makan lemang, kalau nak marah dengan saya, marahlah, demikian ungkapan  Penasihat Sosiobudaya Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.

Menurut Rais, sebelum beraya ke rumah bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau akan berkunjung ke rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.

Bekas menteri kabinet itu turut mendedahkan bahawa sebelum ini beliau ditegah untuk berkunjung ke rumah Tun Dr Mahtahir ketika negara di bawah pimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Dulu saya di tegah untuk pergi ke rumah Tun Mahathir masa itu Pak Lah berkuasa. Trend itu juga timbul, ia membawa sifat politik yang membelahkan kesatuan pada hari-hari mulia seperti itu, sedangkan kita orang Islam harus akur kepada asas agama,” katanya ketika sesi Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini Rais  pernah menzahirkan rasa sedihnya apabila hanya sebilangan kecil pemimpin negara menziarahi pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid hanya kerana perbezaan politik.

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, Allahyarham Sanusi adalah kawan kepada semua menteri yang ada dalam kabinet sekarang.

“Sanusi bekas setiausaha agung Umno, bekas menteri besar Kedah, menteri pertanian dan juga menteri pembangunan luar bandar jadi sahabat beliau ada beratus-ratus dalam kerajaan sekarang.

“Jadi apabila sampai saya dapati dan tanya kawan-kawan tak ada rakan lama yang hadir ini mengejutkan saya kerana tak ramai kawan-kawan lama sampai,” keluhnya.

Menurut Rais, sepatutnya inilah masanya kita mengetepikan perbezaan politik.

“Kita harus sama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada seorang yang telah berjasa.

“Tetapi trend di negara kita ini,  bila sudah berbeza pendapat, seseorang itu tidak lagi bersama dengan pemikiran mereka maka dianggap bukan lagi kawan.Tak baik buat begitu kerana yang tentukan itu ALLAH bukannya manusia,” tegur beliau.

Beliau mengingatkan bahawa dalam urusan kahwin ,sakit, lahir, meninggal dunia, sahabat tak boleh putus.

“Kalau ini tidak dapat dipegang oleh kawan-kawan dalam mana parti poitik sekali pun tolong kembali kepada harkat yang sebenar.

“Kita hidup dalam pegangan Islam, hanya kerana berbeza ideologi politik, hubungan silaturrahim tidak wajar diputuskan begitu saja,” kata Rais. - Sinar Harian


Demikianlah Artikel Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah

Sekianlah artikel Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/rais-yatim-raya-nanti-saya-ke-rumah-tun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rais Yatim: Raya nanti saya ke rumah Tun M, nak marah, marah lah"

Posting Komentar