Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup

Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup
link : Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup

Baca juga


Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup


Episod MasterChef UK mencetuskan sesuatu yang mustahil, apabila menyatukan dua pemimpin politik berlainan parti dalam mempertahankan peserta warga Malaysia yang tersingkir dari suku akhir program realiti televisyen itu pada Isnin.

Juri-juri mengkritik nasi lemak yang disajikan Zaleha Kadir Olpin apabila salah seorangnya, Gregg Wallace, mengatakan bahawa rendang ayam yang mengiringi hidangan utama itu kurang rangup.

Kritikan tersebut cukup membangkitkan kemarahan kebanyakan rakyat Malaysia, malah Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell, turut menegaskan di Twitter bahawa rendang ayam tidak pernah rangup.

Rendang ayam merupakan hidangan kari kering di mana ayam itu dimasak dalam santan dan rempah sehingga empuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan yang sama mengenai rendang ayam.

"Mana ada orang makan rendang ayam rangup?," kata Najib di Twitter dan Instagram pada Selasa.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir turut menyindir menerusi responnya kepada salah seorang chef berkenaan di Twitter, "Mungkin anda keliru antara ayam rendang dengan KFC," katanya yang merujuk kepada rangkaian restoran makanan segera berkonsepkan ayam goreng itu.

Malaysia dijangka mengadakan pilihan raya pada akhir April atau awal Mei, di mana Najib menerajui Barisan Nasional, manakala pihak pembangkang, Pakatan Harapan diketuai oleh Dr Mahathir.

www.mstar.com.my


Demikianlah Artikel Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup

Sekianlah artikel Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/04/najib-tun-m-turut-komen-isu-tersingkir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup"

Posting Komentar