Judul : Bajet 2019: Akhirnya TOL DIMANSUHKAN
link : Bajet 2019: Akhirnya TOL DIMANSUHKAN
Bajet 2019: Akhirnya TOL DIMANSUHKAN
KUALA LUMPUR - Tol motosikal di tiga laluan dimansuhkan manakala kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dibekukan pada 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor mulai 1 Januari 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun.
Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019 yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta.
Dalam pembentangannya yang turut menyentuh mengenai pengangkutan awam, Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan RapidKL mulai 1 Januari tahun depan (2019).
Selain itu, beliau berkata, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan. - Bernama
Demikianlah Artikel Bajet 2019: Akhirnya TOL DIMANSUHKAN
Sekianlah artikel Bajet 2019: Akhirnya TOL DIMANSUHKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bajet 2019: Akhirnya TOL DIMANSUHKAN dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/11/bajet-2019-akhirnya-tol-dimansuhkan.html
0 Response to "Bajet 2019: Akhirnya TOL DIMANSUHKAN"
Posting Komentar