Judul : Melayu Pendatang kata DAP
link : Melayu Pendatang kata DAP
Melayu Pendatang kata DAP
Melayu bukan bangsa pendatang
Dakwaan Melayu sebagai bangsa pendatang ternyata tidak benar apabila kajian mendapati nenek moyang bangsa itu datang ke rantau ini kira-kira 60,000 tahun lalu, lebih awal berbanding penghijrahan manusia ke Yunnan iaitu 40,000 tahun.
Penemuan itu juga sekali gus menyangkal dakwaan kaum Melayu sebenarnya tidak wujud kerana ia terhasil daripada campuran pelbagai kaum lain.
Sejarah termasuk dalam pembelajaran di sekolah selama ini menyatakan bahawa orang Melayu dikaitkan dengan manusia yang berhijrah dari Yunnan.
Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman berkata, sarjana barat Dr. Steven Oppenheimer, pakar Paleontologi Wilhelm G. Solheim dan Professor Arysio Nunes dos Santos telah mengambil bukti-bukti geologi dan mitologi dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik serta linguistik bersetuju orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang dinamakan Benua Melayu Sunda.
Katanya, Oppenheimer dalam bukunya bertajuk, Eden in the East, The Drowned Continent of Southeast Asia keluaran tahun 1999 mengemukakan teori bahawa migrasi moyang kepada rumpun Melayu dari kabilah Negrito, Asli Semang dan Senoi adalah secara terus menerus dari benua Afrika melalui Timur Tengah ke Benua Melayu Sunda.
“Asid deoksiribonukleik (DNA) Orang Asli Semenanjung menunjukkan pertalian dengan Austro-Asiatics selatan Burma yang berkembang secara sendiri di Andaman, Siam, Kemboja dan Champa.
“Orang Melayu yang berada di negara ini adalah berasal daripada Orang Asli. Mereka berevolusi menjadi orang Melayu moden apabila mereka keluar dari hutan dan bersemenda dengan orang yang berada di luar.
“Perubahan juga dapat dilihat dalam kalangan Orang Asli kini apabila mereka mula bersemenda dengan orang luar dan bertukar menjadi Melayu moden,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi ceramah yang bertajuk, ‘Menjejaki dan Mengembalikan Identiti Bangsa Melayu’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini semalam.
Zaharah berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Timothy P. Barnard dalam buku tulisannya yang diterbitkan National University of Singapore (NUS) bertajuk Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries bahawa Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana terhasil daripada campuran kaum-kaum yang lain.
Kajian mengenai perkara tersebut boleh didapati dalam buku tulisan Zaharah bersama Prof. Wan Hashim dan Prof. Nik Hassan iaitu Sejarah Tamadun Melayu, Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda.
Demikianlah Artikel Melayu Pendatang kata DAP
Sekianlah artikel Melayu Pendatang kata DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Melayu Pendatang kata DAP dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/11/melayu-pendatang-kata-dap.html
0 Response to "Melayu Pendatang kata DAP"
Posting Komentar