Baru berkata, kesilapan itu menyebabkan dirinya memperoleh pendapatan berganda dan disenarai mengatasi pendapatan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau keliru apabila mengisytihar menerima dua elaun iaitu sebagai Ahli Parlimen Selangau dan Menteri Kerja Raya.

“Hakikat sebenarnya, saya hanya menerima elaun bagi jawatan menteri. Saya buat perisytiharan baharu sekarang. Saya telah terlebih isytihar, saya isytiharkan elaun berganda.

“Saya tak dapat tewaskan Lim Guan Eng. Jumlah sebenar lebih rendah, sekitar RM78,000,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal Malaysiakini, hari ini. - UTUSAN ONLINE