(HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya

(HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya
link : (HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya

Baca juga


(HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya

17 Rabiulakhir 1440H, Selasa– Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini menyelar kenyataan penasihat parti tamak haloba DAP, Lim Kit Siang, mengenai hukum orang Islam menyertai perayaan Krismas.
Beliau berkata, Kit Siang mempertikai ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang antaranya menegaskan bahawa haram bagi umat Islam menyertai perayaan Krismas kerana ia adalah perayaan keagamaan.
“Jelas sangat ketakutannya kepada Presiden PAS apabila tanpa segan silu terus mendakwa bahawa pandangan Ketua Pemuda PAS itu ialah kerana terkesan dengan apa yang dinamakannya sebagai Amanat Haji Hadi 2,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Antara lain Kit Siang mempersoalkan apakah kenyataan Ustaz Khalil adalah Amanat Hadi 2 yang menyebarkan politik dan toksik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman, agama, bahasa dan budaya, untuk memusnahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertoleransi dan harmoni.
Pada masa sama, Ahmad Fadhli berkata, ‘Amanat Kit Siang’ muncul terlebih dahulu sebelum ‘Amanat Haji Hadi’, apabila pada tahun 1969, Kit Siang mengisytiharkan untuk terus menekan agar hak kesaksamaan kaum dilaksana, sekali gus menghapuskan sama sekali istilah dan keistimewaan Bumiputera.
“Adakah tulisan di dalam blog rasmi DAP…berhubung hak kesamarataan di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera juga adalah hasil ‘Amanat Kit Siang’? Dalam erti kata lain, cita-cita DAP secara rasminya ialah menghapuskan sama sekali istilah dan keistimewaan Bumiputera dan menjadikan seluruh warga negara Malaysia sama dari sudut hak?
“Bukankah Kit Siang sendiri pada 25 Januari 1969 telah berkata: “Kita akan terus menekan ke arah kesaksamaan kaum, di mana semua warganegara adalah sama, di mana tidak ada perbezaan di antara ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam perlu sedar mengenai percaturan DAP itu, yang hakikatnya sedang dilaksana sedikit demi sedikit apabila parti itu kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan.
“Saya tetap berpandangan bahawa ‘Amanat Lim Kit Siang’ jauh lebih bahaya, bahkan dengan DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan, amanat sedang dilaksanakan sedikit demi sedikit,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel (HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya

Sekianlah artikel (HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/hapus-bumiputera-amanat-kit-siang-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(HAPUS BUMIPUTERA) Amanat Kit Siang’ lebih bahaya"

Posting Komentar