Judul : #Lencun50: M'sia Baru Pala Bana: Ajaran SESAT BEBAS, Islam ditekan
link : #Lencun50: M'sia Baru Pala Bana: Ajaran SESAT BEBAS, Islam ditekan
#Lencun50: M'sia Baru Pala Bana: Ajaran SESAT BEBAS, Islam ditekan
Lebih 5,000 pengikut ajaran Ahmadiyah berkumpul bagi mengadakan perhimpunan tahunan kali ke-33 di sebuah pusat peranginan di Selangor, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan fahaman itu sebagai terkeluar daripada Islam.
Jurucakap Jamaah Muslim Ahmadiyah Malaysia, Ainul Yaqeen Sahib berkata, perhimpunan itu berlangsung selama 3 hari bermula sejak Jumaat lalu dan berakhir pada Ahad. Bahkan perhimpunan yang dikenali sebagai “Jalsa Salanah” itu turut dihadiri pengikut dari luar negara.
“Jumlah kehadiran semuanya dalam 5,000 lebih di mana dalam program, ia dimulakan dengan solat tahajud berjemaah, kemudian kita ada kuliah Subuh dan selepas sarapan pagi semua anggota bersiap untuk pergi ke lokasi pertemuan Jalsa Salanah. Ini himpunan di peringkat Malaysia.
“Memang setiap tahun kita ada lakukan himpunan tahunan dan kita buat di lokasi berbeza bergantung kepada kapasiti tempat berkenaan. Ada yang datang dari Pakistan, Indonesia, Kemboja bahkan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jerman juga ada. Kita undang sesiapa sahaja yang dapat datang,” katanya kepada FMT.
“Jumlah kami semakin lama semakin membesar, jadi kalau lakukan di dewan maka ia tidak muat. Jadi, kita buat di kawasan yang memudahkan pengikut untuk hadir,” katanya.
Pada 6 Julai lalu setelah PH memerintah Persekutuan, pengikut fahaman Ahmadiyah berjaya mendapatkan hak dari Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjalankan ibadat tanpa diganggu pihak berkuasa agama Islam Selangor. Hakim mahkamah menetapkan keputusan itu atas dasar pihak berkuasa agama Islam di Selangor tidak mengiktiraf Ahmadiyyah sebagai cabang Islam.
Mahkamah merujuk kepada fatwa diwartakan di Selangor pada 2001 yang mengisytiharkan pengikut ajaran itu sebagai sesat, oleh itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mendakwa pengikut fahaman berkenaan atas kesalahan bawah Enakmen Jenayah Islam Negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusuf ketika itu menjelaskan Ahmadiyah mereka beroperasi di bawah Perkara 11 Perlembagaan, iaitu kebebasan beragama. Jadi di atas dasar itulah perkara ini perlu dilihat mengikut kerangka undang-undang yang ada.
Pada 1975, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan penganut Ahmadiyah sebagai terkeluar daripada Islam. Fatwa itu diperkukuhkan lagi apabila mesyuarat Majlis Raja-raja ke-101 pada tahun sama mempersetujui fatwa itu.
Kebanyakan umat Islam dari arus perdana percaya aliran Ahmadiyah yang berdasarkan ajaran Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian, India sebagai sesat kerana pengikutnya percaya Mirza ialah penyelamat dan merupakan Imam Mahdi dan juga Isa al-Masih.
Ainul sewaktu ditemui FMT pada Julai 2016 di Darussalam, bangunan sederhana 3 tingkat di Kampung Nakhoda, Batu Caves, yang menjadi pusat komuniti pengikut fahaman berkenaan di Malaysia sejak 1950-an menyatakan, mereka menjalani tuntutan agama seperti umat Islam lainnya termasuk puasa di bulan Ramadan dan merayakan Hari Raya Aidilfitri.
“Sama sahaja dengan orang Islam lain. Al-Quran yang kami baca ini bukan cetakan Ahmadiyah. Pihak berkuasa agama kata kami menukar ayat dalam Al-Quran. Saya minta mereka periksa naskhah kami, mereka terdiam dan gagal membuktikannya,” katanya. - FMT
#CelahGelegar
#inilah jadi nya bila PH berkuasa (sebut Kafir DAP berkuasa)
#ajaran sesat bebas bila urusan dan Hal Ehwal agama Islam ditentukan oleh Mahkamah sivil
#mahkamah Syariah direndahkan taraf di negara Islam yang majoritinya umat Islam (sebut Umat Islam seperti buih-buih dilautan, tiada kekuatan)
#fatwa oleh JK Majlis Fatwa Kebangsaan seolah-olah diperlekehkan walhal fatwa itu berkaitan ajaran Islam (sedihnya umat Islam di bawah pemerintahan Mujahid)
#sekejap kau kata kau bukan Islam tetapi di masa lain kau kata kau Islam, kau baca Al-Quran, kau sambut Hari Raya Aidilfitri, Puasa di bulan Ramadan, kau solat, kau buat kuliah Subuh.... Alasan penghakiman Mahkamah Sivil macam mana ye..... Adakah hujah Ahmadiyyah satu agama lain itu relevan? Yang jelas Ahmadiyyah adalah Ajaran SESAT dalam Islam.
Sedih nya agama Islam di bawah kuasa Mujahid.
#CelahGelegar
#CelahGelegar
#inilah jadi nya bila PH berkuasa (sebut Kafir DAP berkuasa)
#ajaran sesat bebas bila urusan dan Hal Ehwal agama Islam ditentukan oleh Mahkamah sivil
#mahkamah Syariah direndahkan taraf di negara Islam yang majoritinya umat Islam (sebut Umat Islam seperti buih-buih dilautan, tiada kekuatan)
#fatwa oleh JK Majlis Fatwa Kebangsaan seolah-olah diperlekehkan walhal fatwa itu berkaitan ajaran Islam (sedihnya umat Islam di bawah pemerintahan Mujahid)
#sekejap kau kata kau bukan Islam tetapi di masa lain kau kata kau Islam, kau baca Al-Quran, kau sambut Hari Raya Aidilfitri, Puasa di bulan Ramadan, kau solat, kau buat kuliah Subuh.... Alasan penghakiman Mahkamah Sivil macam mana ye..... Adakah hujah Ahmadiyyah satu agama lain itu relevan? Yang jelas Ahmadiyyah adalah Ajaran SESAT dalam Islam.
Sedih nya agama Islam di bawah kuasa Mujahid.
#CelahGelegar
Demikianlah Artikel #Lencun50: M'sia Baru Pala Bana: Ajaran SESAT BEBAS, Islam ditekan
Sekianlah artikel #Lencun50: M'sia Baru Pala Bana: Ajaran SESAT BEBAS, Islam ditekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #Lencun50: M'sia Baru Pala Bana: Ajaran SESAT BEBAS, Islam ditekan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/lencun50-msia-baru-pala-bana-ajaran.html
0 Response to "#Lencun50: M'sia Baru Pala Bana: Ajaran SESAT BEBAS, Islam ditekan"
Posting Komentar