[Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI

[Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI
link : [Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI

Baca juga


[Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI

✈ Mengalahkan pesawat Tejas IndiaMajlis menandatangani Surat Setuju Terima (SST) perolehan pesawat FA-50 di antara Kementerian Pertahanan dengan Korea Aerospace Industries (KAI)]

Akhirnya, pesawat pejuang ringan dan latihan lanjutan (Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft) FA-50 Block 20 keluaran Korea Aerospace Industries (KAI) muncul sebagai pemenang dalam tender untuk membekalkan pesawat jenis itu kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bercakap kepada Defence Security Asia, Ketua Pegawai Eksekutif Kemalak Systems Maj Mohd Iswandi bin Mohd Sharif TUDM (Bersara) telah mengesahkan perkara itu.

Pesawat FA 50 Block 20 keluaran Korea Aerospace Industries (KAI) secara rasminya telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk pesawat FLIT-LCA TUDM,” menurut beliau. Syarikat Kemalak Systems merupakan rakan tempatan kepada KAI.

Katanya lagi, majlis menandatangani Surat Setuju Terima (SST) di antara wakil Kerajaan Malaysia dan KAI telah berlangsung hari ini di Kementerian Pertahanan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KAI, KANG Goo Young telah menandatangani SST bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia,dengan majlis menandatangani itu turut dihadiri tetamu tertinggi di antara kedua belah negara termasuk Duta Besar Korea Selatan di Malaysia.

“Perolehan 18 buah pesawat FA 50 TUDM untuk Fasa 1 ini akan membuka lembaran baru kepada hubungan dua hala dan menjalin kerjasama strategik yang lebih kukuh antara Putrajaya dengan Seoul terutama di dalam bidang aeroangkasa.”

Rancangan menjadikan Malaysia sebagai hub pesawat FA 50 merangkumi aspek penyelenggaraan, pembaikan dan sokongan logistik akan dirangka secara berperingkat melalui kerjasama KAI dan Kemalak System,” kata Iswandi.

Malaysia adalah merupakan pelanggan terkini KAI selepas Indonesia, Thailand dan Filipina di rantau Asia Tenggara.

Dengan jumlah peningkatan pesawat keluaran KAI yang semakin meningkat dirantau ini, rancangan menjadikan Malaysia sebagai hub untuk pesawat FA 50 dilihat ideal dan bertepatan sebagai pemangkin untuk meneroka segmen aeroangkasa dengan lebih meluas di rantau ni. Insyallah.

“MALAYSIA IS A HUB FOR FA 50”, menurut Iswandi.

(kredit DSA)

Sebagaimana dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini, varian pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM antaranya bakal dilengkapkan dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon Intelligence & Space.

Poland yang memperolehi pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 turut melengkapkan pesawat itu dengan radar AESA “PhantomStrike” yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon itu.

Maklumat diperolehi oleh Defence Security Asia sebelum ini mengesahkan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Varian pesawat FA-50 Block 20 sebelum ini juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom. — DSA.

 
DSA  


Demikianlah Artikel [Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI

Sekianlah artikel [Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2023/02/global-malaysia-akhirnya-memilih-fa-50.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Global] Malaysia Akhirnya Memilih FA-50 Block 20 KAI"

Posting Komentar