Judul : 'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor'
link : 'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor'
'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor'
UMNO kini dalam keadaan panik berikutan sokongan besar diraih Pakatan Harapan selepas mengumumkan struktur kepimpinan mereka baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, keadaan panik itu dapat dilihat menerusi ucapan Datuk Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini, yang menjangkakan Umno bakal melalui jalan sukar untuk mempertahankan pentadbiran di Johor yang merupakan kubu kuat parti Melayu itu.
“Apabila dalam keadaan panik, Mohamed Khaled tiba-tiba lupa terhadap (konsep) Bangsa Johor, landasan yang menyatukan semua rakyat Johor tanpa mengira kaum dan agama.
"Beliau sebaliknya mendakap permainan orang Najib,” kata Chin Tong dalam kenyataan seperti disiarkan dalam China Press.
Menurut Chin Tong, Mohamed Khaled tidak mahu menerima hakikat punca kemarahan pengundi kaum Melayu adalah disebabkan pentadbiran lemah oleh Najib.
Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP itu, taktik perkauman yang digunakan Mohamed Khaled itu tidak akan berjaya kerana rakyat Johor kini sudah mula selesa dengan idea perpaduan antara kaum dan agama yang dibawa menerusi konsep Bangsa Johor. - SH
Demikianlah Artikel 'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor'
Sekianlah artikel 'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor' dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/08/khaled-tiba-tiba-lupa-konsep-bangsa.html
0 Response to "'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor'"
Posting Komentar