Judul : Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia
link : Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia
Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia
Anak Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull adalah individu terbaru yang mendedahkan apa yang berlaku di sebalik perjanjian mencurigakan membabitkan 1MDB, firma pelaburan Malaysia yang bermasalah.
Menurut The Australian, Alex Turnbull seorang tokoh perbankan mendakwa beliau telah diketepikan daripada kedudukan eksekutifnya di Goldman Sachs di Singapura empat tahun lalu. Ini selepas beliau cuba mengketengahkan perjanjian mencurigakan membabitkan berbilion-bilion dolar bank global itu dengan 1MDB.
Laporan itu memetik Turnbull sebagai berkata bahawa beliau telah menimbulkan kebimbangan dengan rakan-rakan mengenai bon AS$6 bilion yang diterbitkan untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 serta ketiadaan ketelusan dalam dokumen mengenai cara dana itu akan digunakan.
"Apabila perjanjian 1MDB dimeterai dengan Goldman, saya menghantar e-mel kepada beberapa rakan dan berkata, 'Apa yang sedang berlaku ini? Harganya tidak masuk akal, dan untuk apa kegunaan dana itu? " katanya yang dipetik oleh The Australian.
"Dan saya diberi nasihat oleh bahagian pematuhan (Goldman Sachs)," kata Turnbull yang dilaporkan tidak terlibat dalam menerbitkan bon berkenaan yang menyaksikan bank pelaburan global itu membuat keuntungan AS$590 juta bentuk yuran dan komisen.
Katanya, hasil usaha itu, beliau kemudian diketepikan dan akhirnya memilih meletak jawatan dari Goldman Sachs pada tahun 2014 untuk memulakan firma dana lindung nilai miliknya sendiri, Keshik Capital di Singapura.
Dalam menimbulkan kebimbangannya di Goldman Sachs, The Australian juga memetik Turnbull sebagai merujuk kepada pembunuhan Altantuya Shaariibuu, warga negara Mongolia pada tahun 2006, di sebuah hutan belukar berhampiran Shah Alam.
"Berapa banyak model Mongolia yang perlu kita kebumikan di hutan untuk mendapatkan harga ini?" katanya. - MK
Demikianlah Artikel Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia
Sekianlah artikel Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/berapa-lagi-model-mongolia-perlu-kita.html
0 Response to "Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia"
Posting Komentar