DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM

DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM
link : DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM

Baca juga


DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM


Biro Buruh DAP akan mewujudkan Jawatankuasa (JK) Bertindak Pembela Penjawat Awam bagi melindungi hak-hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.
Kewujudan JK itu penting kerana ia akan berperanan membela serta mempertahankan penjawat awam yang menerima tekanan untuk mengundi mana-mana parti politik tertentu menjelang pilihan raya umum ke-14.
Ia adalah susulan kepada banyak aduan yang diterima oleh Biro Buruh DAP terutama dari para guru mengenai ada cubaan oleh pihak tertentu yang berniat untuk menakut-nakutkan mereka untuk mengundi selain dari BN.
JK juga akan terus memantau dan bertindak jika Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman terus mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hak-hak demokrasi mana-mana penjawat awam.
Biro Buruh DAP cukup kesal dengan kenyataan Zainal Rahim sebelum ini mengenai penjawat awam perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam.
Sekali lagi, Biro Buruh DAP mendesak semua pihak agar menolak kenyataan Zainal Rahim yang boleh dianggap suatu ugutan kepada kakitangan awam.
Biro Buruh DAP juga mendapat maklumat mengenai perihal ada penjawat awam terutama di kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menerima 'arahan' membantu kempen PRU14 di kawasan yang ditandingi menteri Umno.
'Arahan' seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ikrar Aku Janji penjawat awam di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bukan bermakna kakitangan kerajaan perlu menyokong BN.
Percayalah, tanpa teragak-agak, kami akan bertindak dalam apa jua cara untuk membela nasib kakitangan awam dan memelihara prinsip-prinsip demokrasi ke atas semua warganegara Malaysia.

AMRAN AHMAD NOR ialah naib pengerusi Biro Buruh DAP.



Demikianlah Artikel DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM

Sekianlah artikel DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/dap-akan-wujudkan-jk-bertindak-bela.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DAP akan wujudkan JK BERTINDAK BELA PENJAWAT AWAM"

Posting Komentar