Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak?

Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak?
link : Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak?

Baca juga


Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak?


ULASAN | Sama ada kapal layar Equanimity milik Malaysia atau tidak bukan soalnya. Masalahnya kapal ini dimiliki oleh Low Taek Jho, atau Jho Low, dengan menggunakan wang 1MDB.
Ia adalah cara untuk membersihkan wang yang menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) diselewengkan (curi) daripada 1MDB.
Jho Low adalah sahabat karib Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah. Najib adalah penasihat syarikat milik Kerajaan 1MDB. Tidak ada keputusan boleh dibuat oleh 1MDB tanpa persetujuan Najib.
​Ini bermakna Najib perlu tahu dan bertanggungjawab akan apa terjadi kepada wang 1MDB sebanyak RM1 bilion yang dikatakan digunakan Jho Low untuk bina atau beli kapal layar Equanimity.
Najib sepatutnya mengaku duit ini diberi kepada Jho Low untuk beli kapal. Jika tidak diberi oleh Najib, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam 1MDB, beliau perlu lapor kepada polis supaya polis dapat pertolongan Interpol untuk dapat balik wang itu.
Jika dakwaan DOJ bahawa Jho Low membeli kapal layar untuk mencuci wang 1MDB adalah tidak benar, maka Najib perlu protes kepada DOJ.

Tetapi Najib tidak berbuat apa-apa.
Bolehkah Najib berdiam diri jika ada dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri, sedangkan beliau bertanggunjawab terjadap 1MDB?
Semua bisu
Di Singapura, beberapa orang telah dituduh dan dipenjara kerana penyelewengan wang berkaitan 1MDB. Bank juga ditutup kerana terlibat. Di Switzerland dan Luxemborg juga ada tindakan terhadap perkara ini.
Tetapi di Malaysia, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis atau kerajaan. Kata peguam negara tidak ada salah laku oleh Najib. Kes tutup. Empat buah negara dakwa wang 1MDB dicuri oleh Jho Low, peguam negara Malaysia kata tiada apa-apa yang berlaku. Semua ok.
Apa jenis kerajaan ini? Berbillion ringgit duit Kerajaan lesap. Duit ini dipinjam dan kita kena bayar. Rakyat kena bayar.
Kerajaan tak tahu apa.
Kerajaan bisu. Perdana menteri bisu. Menteri bisu. Wakil rakyat kerajaan bisu.
Apakah mulut tersumbat terlalu banyak dedak yang mereka semua bisu?
​Sudah sampai masanya Malaysia tukar kerajaan. Sudah sampai masanya kerajaan baru dipilih untuk siasat segala-gala yang tidak disiasat oleh Najib dan peguam negara jinaknya.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
Rencana ini pertama kali dimuat-naik di blognya dengan tajuk "Kapal layar Equanimity". Ia adalah pandangan peribadi penulis




Demikianlah Artikel Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak?

Sekianlah artikel Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/equanimity-apakah-mulut-tersumbat-dedak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Equanimity: Apakah mulut tersumbat dedak?"

Posting Komentar