Judul : [PERBANDINGAN CETEK] 'Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi'
link : [PERBANDINGAN CETEK] 'Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi'
[PERBANDINGAN CETEK] 'Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi'
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membalas kritikan perdana menteri berkaitan masalah air di negeri itu dengan membangkitkan isu banjir di Pekan, kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak.
Azmin berkata kerajaan Selangor berjaya menyelesaikan masalah banjir di “pekan Kajang” ketika keadaan di Pekan, Pahang berbeza sama sekali.
"Ini satu lagi kejayaan Selangor iaitu dapat mengatasi masalah banjir di pekan Kajang untuk jangka masa panjang berbanding masalah banjir di Pekan, Pahang yang sehingga hari ini gagal ditangani dengan bertanggungjawab.
"Semalam di Parlimen hangat. Pepatah Melayu mengingatkan kita semua, kuman di seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.
"Inilah masalah sesetengah orang hari ini," katanya ketika berucap di majlis menaik aras dan penstabilan jambatan tebing Sungai Jelok di Kajang.
Kenyataan Azmin itu dibuat dipercayai ekoran 'pertikaian' bersama Najib pi Parlimen semalam.
Dalam sesi soal jawab lisan semalam, Azmin mengajukan soalan mengapa kerajaan pada tahun ini membelanjakan RM31 bilion untuk membayar faedah hutang negara dan adakah ia kerana kesan 1MDB.
Dalam sesi soal jawab lisan semalam, Azmin mengajukan soalan mengapa kerajaan pada tahun ini membelanjakan RM31 bilion untuk membayar faedah hutang negara dan adakah ia kerana kesan 1MDB.
Bagaimanapun, soalan Azmin kepada Najib itu dijawab dengan sindiran apabila presiden Umno itu berkata:
"Masalah kemelut air di Selangor lebih kritikal."
Walaupun disindir, Azmin bagaimanapun mengakui bahawa masalah air di Selangor memberi kesan kepada rakyatnya.
Namun, kata Azmin masalah air di Selangor tidak serius berbanding hutang yang ditanggung 1MDB.
"Dia bangun tanpa segan silu menyatakan isu air di Selangor lebih parah dari 1MDB. Memang benar ia (masalah air) beri masalah kepada rakyat sebab tak ada air, tapi empat hari sahaja.
"1MDB ini hutang dia empat generasi, RM42 bilion," kata Azmin lagi.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Azmin turut menyamakan projek naik taraf Sungai Jelok di Kajang umpama di Geneva.
Malah, Azmin berkata rakyat Kajang kini boleh menarik nafas lega kerana kawasan berkenaan kini tidak lagi dilanda banjir.
"Skop projek bina jambatan ini macam di negara Geneva. Hebatnya Kajang hari ini. Tahniah wakil rakyat Kajang yang berjaya mengangkat taraf Kajang ke tahap Geneva atau bandaraya di Eropah.
"Saya telah berikrar kepada ADUN Kajang, kita akan kembalikan Kajang sebagai bandaraya sejahtera dan makmur untuk rakyat Kajang.
"Walaupun wujud taburan hujan tertinggi tapi tak banjir di Kajang," ujarnya. - mk
Demikianlah Artikel [PERBANDINGAN CETEK] 'Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi'
Sekianlah artikel [PERBANDINGAN CETEK] 'Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [PERBANDINGAN CETEK] 'Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi' dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/perbandingan-cetek-masalah-air-4-hari.html
0 Response to "[PERBANDINGAN CETEK] 'Masalah air 4 hari, tapi 1MDB hutang 4 generasi'"
Posting Komentar