[PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS

[PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS
link : [PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS

Baca juga


[PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS


SURAT TERBUKA KEPADA PUAN SURAYATI IBRAHIM, KETUA PENGARAH ROS
Kepada Yang Berusaha Puan Suriyati binti Ibrahim
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)/ROS
Puan,
1. Puan harus berasa bangga kerana menjadi wanita yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).lni adalah satu pencapaian yang besar bagi seorang wanita di Malaysia. Kebanyakan Ketua-ketua Pengarah di Malaysia adalah lelaki. Saya ucapkan tahniah. Tentu keluarga Puan semua teruja. Tambahan pula,Puan adalah seorang wanita beragama Islam.
Tentulah Puan membawa bersama Puan imej dan nama baik agama di atas puncak pentadbiran jabatan yang penting ini.
2. Seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan bahawa dibawah pentadbiran Puan, ROS dapat menjalankan tanggungjawab dengan adil dan berkesan atas amanah yang disandarkan. Apatah lagi, Perkara 1O dalam Perlembagaan Malaysia menjamin hak berpersatuan kepada rakyat Malaysia.
3. Namun,setelah Puan memulakan tugas,rakyat Malaysia tercengang dengan beberapa langkah yang Puan ambil terutamanya dalam layanan dan tindakan Puan terhadap Parti PribumiBersatu Malaysia (PPBM) serta permohonan yang melalui segala prosedur yang dikehendaki bagi mendaftarkan 'Pakatan Harapan' atas kesungguhan parti-parti politik yang mahu menjadikan kerjasama mereka rasmi dan jelas di mata rakyat.
4. Bukanlah lagi rahsia yang PPBM dan ahli yang dilantik oleh Pakatan Harapan saban hari berkampung diROS seperti pengemis dan bersungguh-sungguh memenuhi segala keperluan oleh ROS. Surat yang dihantar untuk kaedah pelaksanaan dan apa sebenarnya yang diinginkan oleh ROS juga tidak dibalas secara rasmi. Adalah amat tidak professional jika ROS tidak memberikan maklumbalas selama 8 bulan. lni kegagalan besar dan melambangkan kelemahan oleh ROS pimpinan Puan sendiri. Sedangkan semua jabatan dalam perkhidmatan awam memberikan respons malah menjadikan masa sebagai tanda aras kualiti dan KPI.Apakah ROS tidak kisah tentang buruknya kecekapan ROS dalam hal ini?
5. ROS dibawah pentadbiran Puan membiarkan pemohon seperti bergantung tidak bertali. Pihak Puan diam tidak memberi reaksi tentang bagaimana segala pelaksanaan yang dimahukan. Pihak PPBM dan Pakatan Harapan tidak ada niat sedikitpun untuk mengelakkan dari memenuhi segala keperluan ROS dan ini tentulah lebih mudah jika Pihak Puan memberikan panduan yang jelas dan telus terutamanya secara bertulis. Saya amat bersimpati kepada ahli jawatankuasa parti tersebut yang dilayan seperti ini.
6. Apabila Puan memaklumkan bahawa ada 400 laporan dari pihak yang tidak berpuas hati,pihak Puan tidak senang apabila dinyatakan bahawa laporan tersebut banyak merupakan 'copy and paste' dan lebih kepada tindakan sabotaj . Pihak Puan sedikitpun tidak berminat untuk memberi keadilan kepada pihak PPBM yang mahu menurut segala kaedah ROS tetapi lebih berminat untuk mencari sekecil-kecil sebab untuk PPBM diharamkan. ROS ditubuhkan untuk memudahkan dan menjadi pemudahcara untuk pendaftaran pertubuhan. ROS di bawah pihak Puan kini berubah menjadi badan untuk menyukarkan dan penyukarcara untuk penubuhan persatuan.
7. Setiap tindakan Puan yang menampakkan sikap pilih kasih dan tidak profesional mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat bahawa Puan gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah yang berwibawa.
8. Apabila Puan membuat kenyataan akhbar bahawa PPBM akan diharamkan jika tidak menganjurkan perhimpunan agung, PPBM segera membuat tindakan menganjurkan perhimpunan agung.
9. Apabila pihak UMNO membuat keputusan TIDAK menganjurkan pemilihan UMNO , pihak Puan dengan mudah memberikan kebenaran walaupun ia bercanggah dengan Perlembagaan Parti. Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan bahawa pemilihan parti hanya boleh ditangguhkan tidak lebih dari 18 bulan. Bukankah ini dengan jelas gagal mematuhi perlembagaan. Kenapa pula tidak ada ancaman dan sidang akhbar khas dari pihak Puan akan ancaman mengharamkan UMNO sebagaimana yang Puan lakukan terhadap PPBM?
10. Kini pihak Puan membuat kenyataan akhbar lagi khusus untuk PPBM bahawa parti ini akan diharamkan jika tidak memberikan dokumen tertentu. Tidak pernah dalam sejarah,seorang Ketua Pengarah ROS mengambil tindakan sebegini. Seorang penjawat awam yang profesional harus 'apolitical' dan tidak menyebelahi politik dalam membuat keputusan.
11. Ditangan Puan,terletak masa hadapan negara. Ditangan Puan,atas apa yang Puan lakukan,terletak tanggungjawab untuk bersifat adil kepada semua. Ditangan Puan,terletak harapan rakyat untuk bersifat adil,saksama dan efektif dalam pengurusan ROS. Puan tidak akan selamanya berada di puncak kuasa. Semua tindakan Puan akan diingati oleh pekerja Puan,rakan setugas dan keluarga Puan sendiri pada setiap perjumpaan perayaan dan sebagainya.
12. .Apabila Puan tidak lagi bersifat profesional,seluruh rakyat Malaysia akan hilang rasa hormat kepada Puan. Puan juga bukan menjadi wanita yang disanjung malah memalukan seluruh wanita di Malaysia. Begitu juga,bagi agama Islam kerana orang bukan Islam juga melihat betapa buruknya perlakuan Puan dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pengarah.
13. Puan tidak akan muda selamanya dan apabila sampai masa, Puan juga perlu menjawab setiap tindakan Puan diakhirat kelak,di hadapan Tuhan. Puan juga berdepan dengan jutaan manusia yang dinafikan hak mereka oleh tindakan Puan dan Puan tidak akan ada peluang untuk berjumpa setiap seorang dari mereka untuk memohon maaf.
14. Pada raut wajah Puan,seluruh rakyat Malaysia mencari disitu integriti,profesionalisme, imej Islam yang dibawa dan keberkesanan seorang pemimpin Jabatan dan bagaimana Puan menghancurkan semua itu atas tindakan Puan yang sangat tidak profesional.
15. Saya berdoa supaya Allah swt memberikan hidayah kepada Puan untuk melakukan apa yang wajar,adil dan memimpin jabatan Puan sebagai sebuah badan yang adil,efektif dan disegani. Saya percaya inilah yang diingini hatta oleh pegawai-pegawai di Jabatan Puan sendiri.
RAKYAT MALAYSIA


Demikianlah Artikel [PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS

Sekianlah artikel [PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/puan-perlu-jawab-di-akhirat-surat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS"

Posting Komentar