Judul : (WOW STATEMENT TPM) Pengarah JSJ sedikit naif - TPM
link : (WOW STATEMENT TPM) Pengarah JSJ sedikit naif - TPM
(WOW STATEMENT TPM) Pengarah JSJ sedikit naif - TPM
KUCHING: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, disifatkan sedikit naif berkenaan undang-undang dikuatkuasakan kerajaan Australia ketika menghantar wang pembiayaan pengajian dua anaknya ke negara itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata wang melebihi AUD$10,000 ke atas yang dihantar ke negara berkenaan perlu mendapat kebenaran khusus berdasarkan peraturan negara itu.
"Isu berkenaan pembiayaan wang berkenaan timbul pada 2016 lagi dan Wan Ahmad sudah memberi penjelasan kepada saya berkaitan perkara itu dan saya menerima penjelasan terbabit dengan yakin bahawa beliau adalah jujur.
Cuma, beliau mungkin naif membabitkan undang-undang berkaitan penghantaran wang pembiayaan itu kerana walaupun wang itu diperoleh hasil jualan rumah, namun ia melebihi daripada jumlah yang dibenarkan kerajaan Australia iaitu hadnya adalah AUD$10,000," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di Mes Pegawak IPK, di sini, hari ini.
Siasatan dalaman polis mendapati wang berjumlah AUD$ 320,000 (RM972,000) milik Wan Ahmad dalam akaun di Australia adalah sah hasil penjualan sebuah rumahnya di Shah Alam, Selangor.
Ia sekali gus, menafikan laporan media Australia bahawa wang berkenaan adalah hasil penggubahan wang haram.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata, sudah menjadi prosedur bagi pegawai polis mengisytiharkan harta mereka kepada kepemimpinan tertinggi setiap tahun
"Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohammad Fuzi Harun) setiap tahun juga turut melakukan perkara sama kepada saya setiap tahun dan saya sendiri melakukan perkara sama kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya.
Demikianlah Artikel (WOW STATEMENT TPM) Pengarah JSJ sedikit naif - TPM
Sekianlah artikel (WOW STATEMENT TPM) Pengarah JSJ sedikit naif - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (WOW STATEMENT TPM) Pengarah JSJ sedikit naif - TPM dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/wow-statement-tpm-pengarah-jsj-sedikit.html
0 Response to "(WOW STATEMENT TPM) Pengarah JSJ sedikit naif - TPM"
Posting Komentar