Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar

Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar
link : Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar

Baca juga


Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar

Semua kita sedia maklum  dan memang mengikut perancangan, Tun Mahathir Mohamad dijangka hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun saja.

Dalam tempoh dua tahun itu, Tun Mahathir merasakan beliau mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak.

Selepas tempoh dua tahun itu, Tun Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada pengganti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan iaitu Anwar Ibrahim.

Berikutan tempoh dua tahun itu dilihat agak suntuk, itulah sebabnya sejak mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei lalu kita melihat bagaimana Tun Mahathir amat bekerja keras hampir setiap hari di pejabatnya.

Beliau bukan saja menghabiskan banyak masa menghadiri pelbagai mesyuarat, bertemu pihak yang relevan dengan matlamat menyelamatkan negara, meneliti pelbagai fail serta dokumen, malah tidak terkecuali tentunya perlu juga memerah otak mencari idea-idea baru.

Itulah sebabnya kita melihat hari Sabtu dan Ahad pun beliau tetap datang bekerja seperti biasa.

Dalam usia mencecah 93 tahun, kesibukan dan komitmen Tun Mahathir sekarang ini barangkali melebihi apa yang dilakukannya ketika kali pertama menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.

Semuanya dilakukan kerana beliau mahu menyelesaikan, kalau boleh semua perkara dalam tempoh dua tahun ini sebelum baton kuasa diserahkan kepada Anwar.

Tetapi, cukupkah tempoh dua tahun ini untuk Tun Mahathir dan bagaimana jika dalam tempoh itu, kerja-kerjanya masih banyak yang  tidak selesai?
Dalam hal ini, semua pihak dalam Pakatan Harapan seharusnya sedia berlapang dada untuk tidak terlalu mendesak agar Tun Mahathir sentiasa terikat dengan tempoh masa dua tahun itu.

Beliau mesti diberi kebebasan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dalam tempoh masa yang dapat memberi keselesaan kepadanya.

Jika tempoh dua tahun itu banyak perkara dapat diselesaikan dan Tun Mahathir sendiri berpuas hati dengan apa yang dilakukannya untuk negara, ia mungkin sesuai untuknya berundur dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengggantinya.

Namun, kiranya dalam tempoh dua tahun nanti, masih ada perkara-perkara yang belum selesai, Pakatan Harapan harus melanjutkan tempohnya sehingga ke tiga tahun atau sampai ke pilihanraya umum yang seterusnya.

Salah seorang Ahli MPT Bersatu, Aziz Yassin bersetuju bahawa Tun Mahathir tidak harus diikat dengan tempoh masa tertentu dalam melaksanakan kerja atau tanggungjawabnya kepada negara ini.

Kata beliau, dalam tempoh tidak sampai 20 hari menjadi Perdana Menteri, walaupun sudah berusia 93 tahun, tetapi Tun Mahathir telah menunjukkan kecemerlangan dan komitmen serta melakukan tindakan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin lain, termasuk Anwar, Muhyiddin atau sebagainya.

"Sekiranya beliau masih sihat, mampu dan ada keinginan untuk terus berkhidmat kepada negara dalam tempoh yang lebih lama daripada dua tahun, ruang itu harus diberikan kepadanya.

"Lagi pula, jika lebih lama Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, ia membawa lebih kebaikan untuk rakyat dan negara, apa salahnya!" kata Aziz yang juga merupakan abang kepada Muhyiddin.

Dalam hal ini, yang tidak kurang pentingnya ialah Anwar dan para penyokongnya juga harus lebih banyak bersabar dan tidak terlalu mendesak agar Tun Mahathir perlu memenuhi tempoh masa dua tahun itu.

Anwar dan para penyokong beliau, sebaliknya mesti memberi sokongan yang sepenuh-penuhnya kepada Tun Mahathir dalam usaha memulihkan negara ini dan penuh yakin bahawa kerusi Perdana Menteri selepas ini memang disediakan untuknya.

Cumanya, oleh kerana isteri beliau, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ini sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri, kemasukan Anwar ke dalam kabinet dengan sendirinya akan menyebabkan isterinya perlu berundur.

Sebaik-baiknya ialah Anwar harus mengambil alih tempat Dr. Wan Azizah di Pandan dan kemudian dijadikan Timbalan Perdana Menteri, sebelum langkah seterusnya ialah mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir.

Masalahnya, selain Dr. Wan Azizah baru sangat menjadi Timbalan Perdana Menteri, tindakan beliau mengosongkan kerusi Pandan semata-mata untuk memberi laluan kepada suatu pilihanraya kecil dan Anwar bertanding di situ barangkali juga tidak disenangi oleh rakyat kerana dianggap suatu pembaziran.

Ia bagaimanapun mungkin selesai jika ada mana-mana Ahli Parlimen PKR yang meninggal dunia dalam tempoh terdekat ini dan Anwar dipilih untuk mengisinya.

Begitu pun, jika dengan itu ia membuatkan Anwar ada laluan untuk menjadi pengganti Tun Mahathir, mahu tidak mahu Dr. Wan Azizah perlu digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sedang dipegangnya sekarang.

Adalah tidak manis jika Anwar dan Dr. Wan Azizah sebagai suami isteri berada dalam kabinet pada waktu yang sama, malah sebelum ini pun mereka bertukar ganti menduduki kerusi Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.

Tidak simpatikah Anwar kepada Dr. Wan Azizah yang hanya berpeluang berkhidmat kepada kerajaan dalam tempoh yang sesingkat dua tahun saja?

Tidakkah lebih baik jika penggal perkhidmatan Dr. Wan Azizah berakhir sehingga PRU15 di mana ketika itu bukan saja beliau boleh berundur dengan senang hati sama ada sebagai Timbalan Perdana Menteri ataupun Ahli Parlimen Pandan, malah Tun Mahathir juga dipercayai turut selesa untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar berikutan banyak kerja-kerjanya untuk negara telah dapat diselesaikan? (ShahbudinHusin 27/05/2018)


Demikianlah Artikel Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar

Sekianlah artikel Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/05/jika-2-tahun-tun-m-tidak-cukup-betulkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jika 2 Tahun Tun M tidak cukup Betulkan Negara, Kenapa Perlu Serah Pada Anwar"

Posting Komentar