Judul : [PEMILIHAN UMNO] KJ jkepala amalkan BUDAYA Menang Tanpa Bertanding
link : [PEMILIHAN UMNO] KJ jkepala amalkan BUDAYA Menang Tanpa Bertanding
[PEMILIHAN UMNO] KJ jkepala amalkan BUDAYA Menang Tanpa Bertanding
Kata Ketua Pemuda UMNO yang pernah dianggap sebagai ketua "geng tingkat 4" ketika era pentadbiran bapa mertuanya, Khairy Jamaluddin, budaya menang tanpa bertanding bagi jawatan tertinggi parti itu adalah antara punca kekalahan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.
Menurut beliau, budaya itu menghantar isyarat buruk kepada orang ramai dan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap UMNO dan BN.
Kita tak boleh ada peraturan seperti itu lagi, tambahnya.
Tapi, apakah KJ sedar apa yang diperkatakannya ini?
Siapakah yang pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 lalu mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan?
Jika KJ sudah lupa atau buat-buat lupa, Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang beliau sendiri adalah ketuanya pada 6 Disember 2017 lalu telah mencadangkan agar kedudukan Najib Razak dan Zahid Hamidi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang dijadualkan tahun 2018 ini.
Usul itu kemudian dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO dan diluluskan sebulat suara pada 8 Disember 2018.
Jadi, tidakkah ini bermakna Pemuda UMNO dan KJ sendiri adalah antara punca dan penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lalu?
Sediakah KJ mengakui hakikat kesalahannya sendiri itu?
Namun, bagaimanakah agaknya nada suara KJ hari ini jika UMNO dan BN tidak kalah serta masih lagi memegang kuasa?
Beranikah beliau mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dibuka untuk sebarang pertandingan?
KJ mahu cermin? (ShahbudinHusin 19/05/2018)
Demikianlah Artikel [PEMILIHAN UMNO] KJ jkepala amalkan BUDAYA Menang Tanpa Bertanding
Sekianlah artikel [PEMILIHAN UMNO] KJ jkepala amalkan BUDAYA Menang Tanpa Bertanding kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [PEMILIHAN UMNO] KJ jkepala amalkan BUDAYA Menang Tanpa Bertanding dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/05/pemilihan-umno-kj-jkepala-amalkan.html
0 Response to "[PEMILIHAN UMNO] KJ jkepala amalkan BUDAYA Menang Tanpa Bertanding"
Posting Komentar