'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan'

'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan' - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan'
link : 'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan'

Baca juga


'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan'



KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, hari ini menafikan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 menyalah guna wang pendeposit.
Daripada RM22 juta yang digunakan bagi program YTH 2017, beliau berkata, hanya RM7 juta adalah wang TH manakala bakinya hasil sumbangan kerajaan Persekutuan, UMNO dan bayaran zakat beberapa syarikat korporat.
Saya ingin tegaskan program YTH 2017 terutama program Ziarah Kasih pada Ramadan untuk membantu golongan asnaf tidak menggunakan duit penyimpan atau pendeposit TH.
“Program berkenaan memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal serta warga miskin di lebih 60 Parlimen seluruh negara.
“Demi Allah, duit yang digunakan bukan daripada duit penyimpan dan tuduhan yang dilemparkan dianggap berniat jahat untuk mengaibkan saya serta TH,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, turut kesal apabila TH tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dalam menyiasat kes itu dan hanya mengetahuinya menerusi laporan media.
Beliau mendakwa tidak pernah dipanggil oleh TH juga untuk mendapatkan kenyataan atau melakukan siasatan dalaman terlebih dulu.
Sehubungan itu, Abdul Azeez menyuarakan kehairanan mengapa TH tidak mengikut SOP biasa, termasuk membuat siasatan dalaman dengan memanggilnya untuk memberi keterangan.
Saya boleh memberi penjelasan lanjut kerana semua wang yang diterima atau digunakan ada rekod butirannya.
“Soalnya, mengapa sekarang baru nak membuat laporan polis? Saya minta masyarakat jangan cepat menghukum dan tunggu sehingga selesai siasatan.
“Saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan yakin mereka akan menjalankan siasatan dengan telus serta amanah,” katanya.
Jumaat lalu, TH membuat dua laporan polis terhadap Abdul Azeez, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanannya. - BH   #CelahGelegar
Pengurusan kanan terbabit ialah Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani; Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid serta Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.
Laporan polis pertama dibuat berkaitan Program YTH 2017 apabila dana sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk kegiatan yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.
Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina berhubung salah nyata dan didakwa menyembunyikan maklumat penting membabitkan penjualan saham TH pada 2012.


Demikianlah Artikel 'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan'

Sekianlah artikel 'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan' dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/demi-allah-program-yth-2017-tidak-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Demi Allah, program YTH 2017 tidak guna wang penyimpan'"

Posting Komentar