Judul : Suee Lim digesa tarik balik larangan pakai baju Melayu dalam sidang DUN
link : Suee Lim digesa tarik balik larangan pakai baju Melayu dalam sidang DUN
Suee Lim digesa tarik balik larangan pakai baju Melayu dalam sidang DUN
ADUN PARTI AMANAH DIBULI SEPERTI BUDAK-BUDAK DIMINTA BANGUN OLEH GODFATHER DAP SEPERTI TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BESAR, AMAT MEMALUKAN BILA ADUN ITU TIDAK MAMPU KELUARKAN WALAU SEPATAH HARAM JADAH
Pemangku Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Zainal Dahalan berkata, tindakan Suee Lim adalah sesuatu yang tidak wajar dan merupakan kali pertama berlaku meskipun sebelum ini dua speaker DUN terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti DAP iaitu Hannah Yeoh dan Datuk Teng Chang Kim.
"Baju Melayu atau Baju Kebangsaan adalah pakaian rasmi orang Melayu turun-temurun dan ia mempunyai status sama dengan 'longue suit' iaitu pakaian nombor satu penjawat awam untuk majlis-majlis rasmi.
"Kemuliaan dewan tidak hanya terletak kepada pakaian yang dipakai oleh ADUN, tetapi juga cara bercakap, berhujah dengan bahasa dan cara yang tertib serta mematuhi peraturan dewan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Zainal yang juga bekas Speaker DUN Selangor dari tahun 1990 hingga 1995 menegaskan Suee Lim tidak boleh menjadikan DUN sebagai tempat untuk mencari publisiti dan membuat peraturan yang bercanggah dengan budaya serta protokol yang telah sekian lama diamalkan tanpa sebarang masalah.
"Janganlah peraturan yang dibuat itu boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak secara langsung atau tidak yang akhirnya menunjukkan kejahilan seorang Speaker Dewan," ujarnya.
Sehubungan itu, Zainal menjelaskan akan membawa perkara tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya ADUN Sekichan itu tidak menarik balik kenyataan tersebut sehingga persidangan DUN Selangor yang dijangka tamat Khamis ini.
Sebelum ini, media melaporkan, Suee Lim telah menegur ADUN Taman Templer, Sany Hamzan memakai baju Melayu ketika sesi persidangan DUN pada Selasa lalu.
Dalam teguran itu, Suee Lim telah menuduh Sany yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN) telah melanggar peraturan DUN, sekaligus mencemarkan kemuliaan dewan. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel Suee Lim digesa tarik balik larangan pakai baju Melayu dalam sidang DUN
Sekianlah artikel Suee Lim digesa tarik balik larangan pakai baju Melayu dalam sidang DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suee Lim digesa tarik balik larangan pakai baju Melayu dalam sidang DUN dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/suee-lim-digesa-tarik-balik-larangan.html
0 Response to "Suee Lim digesa tarik balik larangan pakai baju Melayu dalam sidang DUN"
Posting Komentar