Judul : Istana perintah batal sambut Tahun Baru Cina di masjid?
link : Istana perintah batal sambut Tahun Baru Cina di masjid?
Istana perintah batal sambut Tahun Baru Cina di masjid?
Sambutan dikatakan dianjur MAIS dan LZS dipindahkan ke lokasi lain
10 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Satu majlis bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang dirancang di Masjid Sirajuddin Al Anuar As Salam, Klang, pada 17 Februari ini dibatalkan, dan dipindahkan ke lokasi lain.
Difahamkan, sambutan itu yang dianjurkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dikatakan tidak mendapat pekenan istana yang kemudian mengarahkan program berkenaan dibatalkan.
‘Jamuan muhibbah CNY 2019’ yang diadakan Ahad ini, mulai jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari itu kini dipindahkan ke Dewan Sebaguna Sungai Pinang, Klang.
Pada masa sama Masjid Sirajuddin Al Anuar As Salam menjelaskan bahawa program berkenaan dirancang diadakan di luar pekarangan masjid.
Dalam kenyataan disiarkan dalam Facebook masjid itu bagi menjawab persoalan dibangkitkan netizen, pihak masjid menjelaskan bahawa program itu bertujuan untuk berdakwah.
“Objektifnya ialah menyampaikan dakwah dan penjelasan apa itu Islam kepada bukan muslim secara santai dan harmoni. Mudah-mudahan apabila kita ditanya oleh Allah ﷻ di akhirat nanti sudahkah usaha dakwah dijalankan terhadap yang bukan muslim, terjawab,” kata pihak masjid.
Pihak masjid itu turut merujuk sambutan berkenaan kepada ‘Bayan Linnas Siri 48: Islam dan Tahun Baru Cina‘ yang diterbitkan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, pada 2016 lalu.
Pihak masjid itu juga menjelaskan bahawa Biro Mualaf Masjid Sirajuddin telah mengadakan pelbagai program dakwah kepada bukan Islam, seperti majlis berbuka puasa dan sambutan Aidilfitri.
“Masjid kami hampir dikelilingi taman perumahan non muslim, malahan di hadapan mimbar masjid kira-kira jarak 100 meter adalah perumahan bukan muslim.
“Jadi bagi mengelak prejudis non muslim kepada agama Islam maka kita perlu cari dalan bagaimana mendekati hati dan fikiran mereka serta memberi kefahaman Islam kepada mereka. Soal mereka hendak masuk Islam atau tidak itu adalah hidayah Allah ﷻ.
“Harapan saya mereka yang di luar sana dengan pelbagai komen di FB yang pro dan kontra harus berhati-hati. Dan saya berharap jangan dipolitikan isu ini,” kata pihak masjid. - ismaweb
Demikianlah Artikel Istana perintah batal sambut Tahun Baru Cina di masjid?
Sekianlah artikel Istana perintah batal sambut Tahun Baru Cina di masjid? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Istana perintah batal sambut Tahun Baru Cina di masjid? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/02/istana-perintah-batal-sambut-tahun-baru.html
0 Response to "Istana perintah batal sambut Tahun Baru Cina di masjid?"
Posting Komentar