Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis

Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis
link : Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis

Baca juga


Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis

Gambar daripada klip video yang turut dimuat naik Dr Asri dalam Facebooknya, sebelum ini.
Klip video 10 tahun lalu , berkaitan rakaman ucapan beliau yang mengulas dakwaan Hindraf bahawa Kerajaan Malaysia sedang melakukan penghapusan etnik India dan penindasan terhadap penganut Hindu, menimbulkan kekesalan kepada Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, apabila dimainkan semula.
Memuat naik status terbaharu dalam laman Facebooknya bertajuk ‘Rakaman Menghina Penganut Hindu?’, sebentar tadi, satu kenyataan menyebut bahawa, rakaman itu sepatutnya difahami dalam konteks yang betul 10 tahun lalu.
Katanya, video itu mengulas mengenai dakwaan Hindraf ketika itu bahawa Malaysia sedang menghapuskan etnik India dan kononnya penganut Hindu ditindas di Malaysia, menyebabkan mereka cuba membawa isu itu ke Parlimen British.
“Media perkauman tertentu menyiarkan satu rakaman ucapan Dr Maza sepuluh tahun lepas mengulas ketika itu dakwaan HINDRAF kononnya Kerajaan Malaysia sedang melakukan penghapusan etnik India dan penindasan kepada penganut Hindu di Malaysia,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut mempertikaikan kenapa media terbabit dan pro-Hindraf marah dengan video 10 tahun lalu, tetapi mendiamkan diri dengan rakaman perhimpunan yang menghina orang Melayu tidak berpakaian, tiada agama asal dan seumpamanya?.
Kenyataan itu menyebut bahawa banyak pandangan dan fatwa yang harmoni daripada Dr Asri berkaitan semua agama, sebelum Hindraf kembali membangkitkan pelbagai isu perkauman dan berkaitan agama.
Ulasan-ulasan Dr MAZA hanyalah jawapan balasan kepada HINDRAF bukan disebabkan permusuhan dengan penganut Hindu. Sejak sekian lama kita hidup di negara ini secara aman. Penganut Hindu juga menyumbang banyak kepada kebaikan Malaysia. Maka isu bukan agama Hindu tetapi pertubuhan seperti HINDRAF.
“Isu-isu permusuhan antara agama hendaklah dihentikan. Jangan dijadikan PRU sebagai kesempatan membuat pelbagai kerenah yang menegangkan hubungan antara rakyat dalam negara ini. Tiada kebaikan untuk negara bagi tindakan seperti itu.
“Adalah dicadangkan agar HINDRAF ataupun pihak yang tidak puas hati berdialog dengan Dr Naik (Zakir Naik) secara terbuka. Rakyat Malaysia boleh menyaksikannya secara adil dan saksama. Jika ada yang enggan berdialog, maka dia tidak layak tinggal dalam negara demokrasi terbuka seperti ini.
“Dr Naik diharapkan sudi berdialog secara profesional tanpa perlu banyak syarat. Ini kerana terdapat tuntutan segelintir rakyat dalam hal ini. Dialog membolehkan rakyat menilai segala dakwaan yang dibuat dengan adil,” kata kenyataan itu. - ismaweb


Demikianlah Artikel Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis

Sekianlah artikel Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/05/itu-klip-video-pariah-10-tahun-lalu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Itu klip video ‘pariah’ 10 tahun lalu berkaitan Hindraf, kata Mufti Perlis"

Posting Komentar