Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan?

Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan?
link : Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan?

Baca juga


Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan?

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang mempertimbangkan aktif semula dalam politik, dan menyatakan hasratnya bertanding di kerusi negeri atau Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
The Daily Express melaporkan Pandikar, 64, anak kelahiran Kota Belud, sedang menyasarkan salah satu kerusi DUN baru yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persempadanan semula.
“Saya melihat banyak perkara dalam politik, sama ada di peringkat persekutuan dan negeri. Dengan pengalaman dan rangkaian politik seluruh negara, banyak perkara yang saya boleh sumbangkan kepada kestabilan politik Sabah,” katanya.
Pandikar berkata beliau teringin berada di Dewan Rakyat sebagai ahli Parlimen.
“Selepas 9 tahun sebagai speaker yang mengetuai persidangan Parlimen Komanwel dan memberi arahan, komen dan pesanan kepada wakil rakyat supaya ‘duduk’, saya berhasrat berada dalam Parlimen dan disuruh ‘duduk’,” kata Pandikar.
Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai wakil rakyat pada 1982, memenangi kerusi DUN Usukan sebagai calon Usno, selepas mengalahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang ketika itu bersama parti Berjaya.
Pandikar kemudian beralih ke kerusi Tempasuk, tetapi memutuskan tidak mempertahankan kerusinya pada PRU 1999.
Beliau juga pernah menjadi speaker DUN Sabah dari 1986 hingga 1988.
Sekiranya beliau bertanding untuk kerusi Parlimen, spekulasi yang bertiup kencang mengatakan beliau mungkin akan diberikan Kota Belud iaitu kampung halamannya, yang kini disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
The Daily Express turut melaporkan Pandikar hadir di hampir semua majlis kerajaan di Kota Belud, yang dikenali sebagai “Cowboy Town” Sabah, kerana penduduk Bajau menunggang kerbau di sana.
Desas desus juga dikatakan Rahman akan dipindahkan ke Sepanggar.
“Rahman akhir-akhir ini mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat bahagian Umno dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional di Sepanggar, kerusi yang kini dipegang ahli Umno yang digantung iaitu Jumat Idris.
“Sepatutnya Rahman bertanding di Sepanggar, manakala Jumat boleh mengisi kekosongan kerusi DUN yang baru iaitu Darau,” kata akhbar itu.
Pandikar merupakan bekas presiden Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (Usbo), sebuah persatuan yang pernah diketuai Salleh.
Pada 2012, terdapat spekulasi Pandikar mungkin kembali mengambil kerusi DUN pada PRU13 kerana beliau disebut-sebut menggantikan Datuk Seri Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah. - FMT


Demikianlah Artikel Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan?

Sekianlah artikel Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/05/pandikar-balik-sabah-bakal-tanding.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pandikar balik Sabah, bakal tanding kerusi Rahman Dahlan?"

Posting Komentar