Judul : BRO harap cadangan guna kasut hitam tak dilaksanakan
link : BRO harap cadangan guna kasut hitam tak dilaksanakan
BRO harap cadangan guna kasut hitam tak dilaksanakan
Datuk Wira Ameer Ali Mydin |
Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap agar cadangan penggunaan kasut hitam di sekolah tidak diteruskan.
Naib Presiden BRO, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, cadangan berkenaan berhadapan dengan banyak masalah bukan hanya pada industri yang bakal menanggung kerugian lebihan stok kasut putih bernilai RM60 juta, bahkan membabitkan keluarga yang kurang berkemampuan.
“Macam baju raya… tak semua mampu untuk beli baju raya baharu. Jadi ada yang pakai baju raya dari tahun-tahun sebelumnya. Bagi kasut hitam ini pula, jika perlaksanaannya diteruskan pada tahun hadapan, kesemua 7 juta murid akan membeli kasut baharu yang akan memakan belanja sebanyak RM210 juta.Menurutnya, tidak semua keluarga mampu untuk menyediakan kasut baharu buat anak masing-masing, malah ada juga keluarga yang mengamalkan budaya untuk ‘menurunkan’ kasut sekolah dari si abang kepada si adik.
“Itu pun kalau kita anggarkan harga kasut sekitar RM30 sepasang. Bagi yang mampu, keluarga mereka beli dua, bagi yang tak mampu, mereka mungkin tidak berkasut ke sekolah seperti yang berlaku di Pantai Dalam (Kuala Lumpur) sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Ameer berkata, dia amat berharap agar cadangan berkenaan tidak diteruskan kerana berlakunya unsur pembaziran.
Menurutnya, sekiranya diberi tempoh masa setahun ke 18 bulan pun ia tetap memberikan masalah terutamanya buat kanak-kanak di sekolah.
“Macam kawannya pakai kasut hitam, dia kasut putih sebab bapa dia tak mampu beli kasut hitam. Kanak-kanak ini ada self esteem, akhirnya kanak-kanak ini paksa bapanya yang tak mampu beli kasut hitam.
“Perlaksanaan penggunaan kasut hitam ini akan membebankan keluarga kurang berkemampuan. Malah, penggunaan kasut putih ini sesuai untuk cuaca di negara kita ini yang sentiasa panas. Kalau hitam tak berapa sesuai.
Menurutnya, penggunaan kasut putih yang sudah menjadi kebiasaan sebelum ini sebenarnya mendidik budaya hygien serta displin ke atas pelajar sekolah.
“Tak boleh guna alasan kasut itu akan jadi kotor sebab dari dahulu lagi jika tidak mahu kasut berkenaan kotor, kanak-kanak itu sendiri yang akan membasuhnya.
“Ini disiplin yang telah dipraktiskan sejak dari dulu lagi membabitkan kasut sekolah berwarna putih.
Penggunaan kasut sekolah berwarna hitam bermula tahun hadapan disuarakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian Khamis lalu.
Maszlee berkata, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa. - SH
Demikianlah Artikel BRO harap cadangan guna kasut hitam tak dilaksanakan
Sekianlah artikel BRO harap cadangan guna kasut hitam tak dilaksanakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BRO harap cadangan guna kasut hitam tak dilaksanakan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/bro-harap-cadangan-guna-kasut-hitam-tak.html
0 Response to "BRO harap cadangan guna kasut hitam tak dilaksanakan"
Posting Komentar