Judul : PAS Johor gesa semua rakyat Johor turun ke Himpunan Aman Kebangkitan Ummah
link : PAS Johor gesa semua rakyat Johor turun ke Himpunan Aman Kebangkitan Ummah
PAS Johor gesa semua rakyat Johor turun ke Himpunan Aman Kebangkitan Ummah
1.Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor,menyeru semua rakyat Malaysia ,warga pendidik,pejuang bahasa ,NGO pendidikan,ibu bapa dan aktivis masyarakat yang prihatin agar turun beramai-ramai bersolidariti serta menyatakan sokongan padu penganjuran Himpunan Kebangkitan Ummah yang bakal diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 28 Julai ,bermula jam 9 pagi Sabtu ini.
2. Kami optimis dan percaya rakyat Malaysia masih masih memiliki sensitiviti terhadap isu agama, pendidikan negara dan kedaulatan bangsa serta semangat patriotisme yang tinggi terhadap masa depan anak bangsa .
3.Himpunan aman ini juga bakal melakar sejarah dalam landskap pendidikan negara di samping membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu bahasa agar terus dimartabatkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Negara.
4. Antara objektif Himpunan Kebangkitan Ummah yang bakal diadakan ini adalah bertujuan untuk membantah cadangan KPM terhadap pengiktirafan UEC,menzahirkan kebimbangan rakyat Malaysia akibat ancaman terhadap Bahasa Melayu,ancaman terhadap kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia,dan kebimbangan ancaman terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
5.Himpunan aman ini bukan untuk mencetuskan huru -hara dan kekecohan tetapi bagi menzahirkan keresahan rakyat Malaysia khususnya Ummat Islam terhadap masa depan negara akibat ancaman terhadap kedaulatan agama,bahasa,bangsa dan negara serta institusi beraja.
6.Justeru semua rakyat Malaysia yang prihatin diseru agar turun beramai-ramai untuk berhimpun secara aman dan bersolidariti pada 28 Julai,Sabtu ini untuk menzahirkan sokongan padu terhadap tuntutan rakyat .
7.Himpunan yang bakal berlangsung bermula jam 9 pagi hingga jam 2 petang ini dijangka bakal mencuri tumpuan rakan media yang bakal hadir membuat liputan di samping unjuk rasa yang bakal diserlahkan melalui ucapan dan pidato pimpinan NGO dan tokoh pejuang bahasa serta aktivis masyarakat .
8. Semoga kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ,Tun Dr. Mahathir Mohammad dan kepimpinan Pakatan Harapan yang kini memegang tampuk kepimpinan negara mendengar suara rakyat dan desakan serta tuntutan rakyat hasil resolusi Himpunan Kebangkitan Ummah yang bakal dibacakan di penghujung himpunan ini.Resolusi Himpunan Kebangkitan Ummah ini juga dijangka akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia serta pihak yang berautoriti untuk diambil tindakan.
9. Kepimpinan Pakatan Harapan juga didesak agar jangan terlalu tunduk kepada desakan pihak tertentu yang semakin mencabar kesucian Ummat Islam serta digesa agar menghentikan kebimbangan dan keresahan rakyat Malaysia khususnya ummat Islam terhadap isu berkaitan agama,bangsa,bahasa dan kedaulatan raja-raja mutaakhir ini demi keharmonian dan ketenteraman Malaysia yang tercinta.
NORMALA BINTI SUDIRMAN
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor .
23 Julai 2018 /10 Zulkaedah 1439H
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor .
23 Julai 2018 /10 Zulkaedah 1439H
Demikianlah Artikel PAS Johor gesa semua rakyat Johor turun ke Himpunan Aman Kebangkitan Ummah
Sekianlah artikel PAS Johor gesa semua rakyat Johor turun ke Himpunan Aman Kebangkitan Ummah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Johor gesa semua rakyat Johor turun ke Himpunan Aman Kebangkitan Ummah dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/pas-johor-gesa-semua-rakyat-johor-turun.html
0 Response to "PAS Johor gesa semua rakyat Johor turun ke Himpunan Aman Kebangkitan Ummah"
Posting Komentar