Judul : Wujudkan Segera KESATUAN MELAYU ISLAM untuk politik Malaysia
link : Wujudkan Segera KESATUAN MELAYU ISLAM untuk politik Malaysia
Wujudkan Segera KESATUAN MELAYU ISLAM untuk politik Malaysia
KUALA LUMPUR 24 Julai – Kalangan Melayu perlu segera bersatu dan mencontohi muafakat dan kesatuan yang ditunjukkan dalam kalangan masyarakat Cina bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana sekurang-kurangnya 95 peratus kaum Cina mengundi PH pada PRU-14.
Katanya, mereka akan memilih mana-mana calon yang mewakili PH sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain.
“Corak pengundian kaum Cina ini di seluruh negara hampir sama, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Begitu juga corak pengundian mereka tidak dibezakan sama ada seseorang itu beragama Buddha, Taoism dan Kristian.
“Malah yang lebih menarik, diyakini ahli-ahli MCA dan Gerakan turut mengundi PH sekaligus menyebabkan parti yang mereka sertai sejak sekian lama kalah teruk. Demikianlah kesatuan kaum Cina untuk mencorakkan politik Malaysia mengikut hasrat yang mereka kehendaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel Wujudkan Segera KESATUAN MELAYU ISLAM untuk politik Malaysia
Sekianlah artikel Wujudkan Segera KESATUAN MELAYU ISLAM untuk politik Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wujudkan Segera KESATUAN MELAYU ISLAM untuk politik Malaysia dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/wujudkan-segera-kesatuan-melayu-islam.html
0 Response to "Wujudkan Segera KESATUAN MELAYU ISLAM untuk politik Malaysia"
Posting Komentar