Judul : Dr. Maza, Mufti Perlis KECEWA Mujahid, Menteri Semua Agama Pertahankan P. RAMASAMY
link : Dr. Maza, Mufti Perlis KECEWA Mujahid, Menteri Semua Agama Pertahankan P. RAMASAMY
Dr. Maza, Mufti Perlis KECEWA Mujahid, Menteri Semua Agama Pertahankan P. RAMASAMY
Tidak pasti apakah ini ungkapan dari YB Menteri ataupun rekaan MK?
"Menurut Mujahid lagi, apa yang penting ialah menamatkan segala tuduhan liar berkaitan dakwaan terhadap Ramasamy dan mencari penyelesaian"
Jika benar dari YB Menteri, amat mendukacitakan.Jika dari MK, mereka perlu betulkan. Bagaimana belum pun pertemuan, sudah dibuat keputusan siapa benar, siapa salah. Bagaimana tahu bahawa apa yang dikaitkan terhadap Ramasamy merupakan 'tuduhan liar'. Untuk apa lagi pertemuan? Jika sekadar mahu membela Ramasamy, silalah YB Menteri buat kenyataan pembelaan umum. Itu memadai.
Isu ini, bukan isu saya dan Ramasamy, ia isu keselamatan dan terrorism. Rakyat yang membuat laporan polis. Ia terserah kepada pihak PDRM. Saya hanya antara rakyat itu. Mereka yang mencungkil semua bukti tersebut, saya juga membaca bukti-bukti itu seperti orang lain.
Demikian, Ramasamy kelihatan sering menzahirkan sikap provokasi dengan masyarakat muslim. Itu juga bukan isu dengan saya, tetapi dengan masyarakat muslim keseluruhannya.
Menariknya, ketika DZN dituduh terrorist, tidak pula kita dengar bahawa itu tuduhan liar. Apabila Ramasamy yang mempunyai pelbagai bukti yang dikaitkan oleh pelbagai pihak terrorist, tiba-tiba kita dengar itu tuduhan liar.
Sejak dahulu saya sentiasa cuba mendampingi non-muslim dan sedaya mampu mengambil sikap yang adil dengan mereka. Banyak pimpinan DAP juga sahabat saya. Saya tiada masalah dengan non-muslim tapi saya membantah golongan ekstremis dari mana pun dia, muslim ataupun non-muslim.
Saya tidak apologetik dengan agama saya. Saya muslim. Saya ada hak dalam negara, seperti mana mereka ada hak. Saya membela muslim dan non-muslim. Bukan hanya membela muslim tapi melupai non-muslim. Tidaklah pula hanya membela non-muslim tapi tapi melupai saudara muslim sendiri.
https://www.malaysiakini.com/news/435804?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Demikianlah Artikel Dr. Maza, Mufti Perlis KECEWA Mujahid, Menteri Semua Agama Pertahankan P. RAMASAMY
Sekianlah artikel Dr. Maza, Mufti Perlis KECEWA Mujahid, Menteri Semua Agama Pertahankan P. RAMASAMY kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr. Maza, Mufti Perlis KECEWA Mujahid, Menteri Semua Agama Pertahankan P. RAMASAMY dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/dr-maza-mufti-perlis-kecewa-mujahid.html
0 Response to "Dr. Maza, Mufti Perlis KECEWA Mujahid, Menteri Semua Agama Pertahankan P. RAMASAMY"
Posting Komentar