Judul : Tidak Wajar Salahkan Subjek Agama - Presiden PIBGN, Prof Datuk Mohamad Ali
link : Tidak Wajar Salahkan Subjek Agama - Presiden PIBGN, Prof Datuk Mohamad Ali
Tidak Wajar Salahkan Subjek Agama - Presiden PIBGN, Prof Datuk Mohamad Ali
SHAH ALAM – Kerajaan perlu memberi pertimbangan sewajarnya dari segi masa pembelajaran subjek agama Islam di sekolah kebangsaan supaya tujuan sebenar pengajaran Islam benar-benar tercapai.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, pihaknya berharap agar kerajaan memberikan masa yang mencukupi bagi tujuan itu.
Katanya, PIBGN menyambut baik penambahbaikan kurikulum, tetapi berpandangan adalah tidak wajar untuk menyalahkan subjek agama yang diberi tumpuan di sekolah kebangsaan.
“Saya rasa tidak boleh disalahkan sebegitu. Walau apa pun, kalau didapati benar bahawa tumpuan yang lebih kepada pengajian agama (Islam) itu, berikanlah masa yang berpatutan, optimum dan mencukupi, saya rasa tiada masalah.
“Tapi janganlah nanti (bila) ruang atau masa pelajaran agama dikecilkan, nanti tak berkesan langsung pengajian agama (kepada murid-murid). Kita harapkan ruang masa untuk sukatan pelajaran agama yang dikecilkan nanti tidak lari daripada pengajian asalnya. Namun jika ia tidak menepati tujuan asal (pengajaran), kita tak setuju,” katanya kepada Sinar Harian.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kurikulum sekolah kebangsaan akan dirombak bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang berguna dan tidak tertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata.
Dr Mahathir berkata, ia penting supaya rakyat Malaysia boleh maju dalam setiap bidang.
Dalam pada itu, Mohamad Ali berkata, subjek agama Islam di sekolah kebangsaan boleh dilengkapkan dengan pengajaran harian seperti mana yang dilakukan sekolah agama dikendalikan di bawah kerajaan negeri masing-masing atau pihak tertentu.
Dalam pada itu, Mohamad Ali berkata, subjek agama Islam di sekolah kebangsaan boleh dilengkapkan dengan pengajaran harian seperti mana yang dilakukan sekolah agama dikendalikan di bawah kerajaan negeri masing-masing atau pihak tertentu.
“Pendidikan agama diajar secara berasingan daripada sekolah kebangsaan, tetapi menepati tujuan sebenar dengan ruang masa mencukupi. Barangkali masa (subjek agama) itu di sekolah kebangsaan kurang, tetapi dilengkapkan waktu belah petang dengan sekolah agama.
“Kalau semua negeri mengikuti sistem begitu, mungkin itu yang terbaik boleh digunapakai, jadi pengajian sekolah biasa tak terjejas dan tidak mengurangi pengajaran Islam secara keseluruhan,” katanya. – SINAR
Demikianlah Artikel Tidak Wajar Salahkan Subjek Agama - Presiden PIBGN, Prof Datuk Mohamad Ali
Sekianlah artikel Tidak Wajar Salahkan Subjek Agama - Presiden PIBGN, Prof Datuk Mohamad Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak Wajar Salahkan Subjek Agama - Presiden PIBGN, Prof Datuk Mohamad Ali dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/tidak-wajar-salahkan-subjek-agama.html
0 Response to "Tidak Wajar Salahkan Subjek Agama - Presiden PIBGN, Prof Datuk Mohamad Ali"
Posting Komentar