Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah
link : Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Baca juga


Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Satu jawatankuasa membabitkan pakar mata pelajaran Sejarah dalam Kementerian Pendidikan bersetuju bahawa subjek Sejarah sekolah rendah meliputi terlalu banyak unsur subjek lain.
Berikutan daripadanya, jawatankuasa tersebut telah bersetuju untuk menilai semula dan mengubah kandungannya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian telah mengaturkan pertemuan antara wakil pertubuhan Cina untuk bertemu jawatankuasa itu serta pihak berkepentingan lain.
“Pertemuan diadakan pada 25 September dalam keadaan yang baik,” katanya kepada Sinchew Daily.
Jelasnya, Bahagian Buku Teks sejak 2014 telah mengadakan lapan bengkel berhubung cadangan pertubuhan Cina untuk menambah baik buku teks sekolah rendah.
Pembetulan juga dilakukan ke atas kesilapan penterjemahan dan masalah teknikal yang lain.
Menurut Sinchew Daily, cadangan 10 pertubuhan Cina mengenai buku teks Sejarah termasuk memasukkan kandungan mengenai pengaruh budaya India dalam kerajaan-kerajaan Melayu apabila membincangkan topik kerajaan Melayu awal dalam buku teks tahun empat.
Untuk buku teks tahun lima pula, tema sistem beraja dicadangkan ditukar kepada sistem beraja dan raja berperlembagaan; tema Islam ditukar kepada Islam serta agama dan kepercayaan utama yang lain; tema bahasa Melayu ditukar bahasa Melayu dan bahasa-bahasa ibunda kaum.
Kandungan mengenai penentangan penjajahan dicadangkan ditambah kandungan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan bagaimana pejuang pelbagai kaum menentang Jepun.
Kandungan mengenai pencapaian bidang sukan dan ekonomi dalam buku teks tahun enam pula dicadang supaya dimansuhkan kerana tidak mempunyai kaitan dengan mata pelajaran Sejarah. – Malaysia Gazette #CelahGelegar 


Demikianlah Artikel Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Sekianlah artikel Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/timb-menteri-cina-pertubuhan-cina-nilai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah"

Posting Komentar