MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?

MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?
link : MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?

Baca juga


MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?

*MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?*

_*KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA*_

_Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif_

Ketua Penerangan Perkasa Malaysia

30 Januari 2019 | 24 Jamadil Awwal 1440

1. Susulan kenyataan media Haji Hassan Basri Mohammad, Naib Presiden PERKASA Malaysia berkenaan penentangan pelantikan YB Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang memperlihatkan pelantikan itu bukanlah atas kapasiti kelayakan akademik tetapi lebih bersifat lantikan berkepentingan politik semata-mata.

2. Hal ini lebih serius apabila pendedahan gambar perbandingan di antara barisan kepimpinan YADIM yang sebelum ini lebih kepada tokoh akademik, agamawan, Mufti dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan digantikan dengan penjawat jawatan parti PPBM, PKR, AMANAH dan lebih teruk dari DAP.

3. Ia melahirkan tanda tanya pada PERKASA apakah Menteri Hal Ehwal Agama ini terlalu terdesak hingga merendahkan maruah yang pada awalnya menyatakan tiada lagi lantikan politik dari Pakatan Harapan (PH) bagi jawatan di agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, GLC dan yayasan di bawah seliaan kerajaan? Di manakah kredibiliti badan dakwah ini diletakkan dengan pelantikan-pelantikan tersebut?

4. YADIM pada asalnya ditubuhkan bagi menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia. Jadi apakah tujuan susunan Ahli Lembaga Pengarahnya dari kalangan oportunis politik? Adakah kerana desakan pihak-pihak tertentu atau sekadar memberi ruang kepada mereka yang sebelum ini tidak mendapat tempat lagi agar tidak terus berbuat bising? Bagaimana pula dengan agenda dakwah Islam dan pribumi? Adakah akan dikekalkan dengan adanya ahli DAP yang terang-terangan berprinsipkan anti Islam iaitu ‘Malaysian Malaysia’ yang jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan serta memperjuangkan agama Islam supaya tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan?

5. Jika Menteri Hal Ehwal Agama semudah itu membuat pelantikan politik tidak hairan selepas ini jabatan yang dipandang bersih dalam mengurus atur hal ehwal dan pembangunan agama Islam iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan turut dicemar dan dipolitikkan bagi tujuan kestabilan jawatannya. Dan pada pandangan peribadi saya, akhir sekali semua jabatan, agensi mahupun NGO di bawah seliaan kerajaan akan menjadi jabatan politik dan tidak lagi memandang serius dalam pembangunan umat Islam dan Bumiputera di negara Malaysia yang tercinta ini.

Sekian.



Demikianlah Artikel MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?

Sekianlah artikel MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/menteri-agama-terdesak-melantik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MENTERI AGAMA TERDESAK MELANTIK KEPIMPINAN PARTI SEBAGAI AHLI LEMBAGA YADIM?"

Posting Komentar