Judul : [sejak bila dilantik Menteri Kabinet?] Pertemuan Anwar, Modi bincang kerjasama dua hala
link : [sejak bila dilantik Menteri Kabinet?] Pertemuan Anwar, Modi bincang kerjasama dua hala
[sejak bila dilantik Menteri Kabinet?] Pertemuan Anwar, Modi bincang kerjasama dua hala
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri India, Narendra Modi. |
10 JANUARI 2019 : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di New Delhi hari ini. — Foto ihsan Twitter/Anwar Ibrahim |
10 Jan, NEW DELHI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, hari ini antara lain, membincangkan mengenai kerjasama dua hala dan serantau.
“Kedua-dua pemimpin membincangkan perkara membabitkan kepentingan dua hala, serantau dan global,” menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri.
Turut serta dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Edmund R Santhara Kumar.
Sebelumnya Anwar mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar India, Sushma Swaraj dan presiden parti pembangkang, Parti Kongres India, Rahul Gandhi.
Ketika ditemui Bernama, Presiden PKR itu berkata Swaraj membangkitkan isu mengenai kira-kira 400 pendatang tanpa izin India yang ditahan di Malaysia dan meminta mereka dibebaskan atas dasar kemanusiaan.
Anwar berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
“Pemimpin India, di pihak kerajaan mahupun pembangkang, kelihatan amat positif mengenai hubungan perdagangan, pelaburan, pendidikan dan kebudayaan dengan Malaysia. Saya berbincang dengan Perdana Menteri Modi bagaimana kerjasama boleh diperluaskan lagi,” kata Anwar.
Permintaan India untuk pendakwah Zakir Naik diekstradisi turut dibangkitkan semasa pertemuan dengan Modi, yang mana Anwar menjelaskan, Malaysia terikat dengan prosedur dan proses undang-undang. - BERNAMA
Demikianlah Artikel [sejak bila dilantik Menteri Kabinet?] Pertemuan Anwar, Modi bincang kerjasama dua hala
Sekianlah artikel [sejak bila dilantik Menteri Kabinet?] Pertemuan Anwar, Modi bincang kerjasama dua hala kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [sejak bila dilantik Menteri Kabinet?] Pertemuan Anwar, Modi bincang kerjasama dua hala dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/sejak-bila-dilantik-menteri-kabinet.html
0 Response to "[sejak bila dilantik Menteri Kabinet?] Pertemuan Anwar, Modi bincang kerjasama dua hala"
Posting Komentar