Sultan Pahang dipilih Agong baharu

Sultan Pahang dipilih Agong baharu - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang dipilih Agong baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang dipilih Agong baharu
link : Sultan Pahang dipilih Agong baharu

Baca juga


Sultan Pahang dipilih Agong baharu

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, petang Khamis.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Pelantikan itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Majlis Raja-Raja bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong baharu susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V pada 6 Januari tahun lalu.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Sistem penggiliran dalam kala­ngan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menyebut menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

"YAB Perdana Menteri juga telah dimaklumkan,” kata Syed Danial.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari berkata Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baharu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan pada 31 Januari ini.



Demikianlah Artikel Sultan Pahang dipilih Agong baharu

Sekianlah artikel Sultan Pahang dipilih Agong baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang dipilih Agong baharu dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/sultan-pahang-dipilih-agong-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang dipilih Agong baharu"

Posting Komentar