Judul : Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA
link : Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA
Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA
Saya lihat kerajaan PH sangat gigih minggu ini untuk menyalahkan kerajaan BN tentang keadaan ekonomi negara yang semakin merosot ketika ini.
Ada juga yang keluarkan kenyataan semalam bahawa kerajaan BN telah menjatuhkan negara menjadi ekonomi antara paling teruk di dunia.
Saya tidak perlu bercakap banyak. Hanya perlu menaikkan semula kenyataan Guan Eng pada bulan Mei 2018 sejurus selepas dia mengambil alih sebagai Menteri Kewangan selepas PRU14.
Pada masa itu, dia mengesahkan ekonomi selepas PRU14 kukuh, membuktikan kerajaan BN mewariskan sebuah ekonomi yang baik kepada mereka.
Tetapi selepas mereka mengambil alih, ekonomi semakin teruk. Harga barang semakin naik. Pelbagai caj utiliti seperti air, elektrik dan gas juga dinaikkan oleh mereka.
8 bulan selepas mereka ambilalih, keluar pula kenyataan bahawa ekonomi tengah lemah dan memerlukan masa 3 tahun untuk dipulihkan.
Mereka yang faham ekonomi tahu fakta-fakta berikut:
- Sebelum PRU14, Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK negara sebanyak 4 kali dengan kali terakhir pada bulan April sebelum PRU14.
Kadar pertumbuhan ekonomi negara semasa saya PM jauh lebih tinggi berbanding semua "harimau-harimau" Asia dan kebanyakan ekonomi yang lain di rantau ASEAN.
Kadar pertumbuhan KDNK negara pada tahun 2017 sebelum BN kalah pada PRU14 adalah antara paling tinggi di dunia pada tahun itu.
Selepas PRU14, Bank Dunia telah menurunkan unjuran ini sebanyak dua kali. Kadar pertumbuhan KDNK Malaysia telah turun setiap tempoh suku selepas PRU14 dan dijangkakan akan terus menurun lagi untuk tahun ini.
- Indeks Bursa saham semakin naik sebelum PRU14 sehingga mencapai tahap tertinggi dalam sejarah.
https://www.thestar.com.my/…/20/bursa-malaysia-at-record-h…/
https://www.thestar.com.my/…/20/bursa-malaysia-at-record-h…/
Ketika kerajaan BN dipimpin saya sebagai PM, Bursa Malaysia dinobatkan sebagai pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham meningkat paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market."
Selepas PRU14, indeks Bursa jatuh teruk. Nilai saham-saham di Bursa Malaysia sudah hilang RM300 bilion sejak PRU14.
- Sebelum PRU14 nilai Ringgit semakin memulih, defisit negara semakin menurun, rizab antarabangsa kita semakin naik.
Selepas PRU14, Ringgit semakin lemah, defisit semakin naik, rizab semakin menurun.
Pagi ini, Ringgit turun ke tahap paling rendah dalam sejarah iaitu 100 Thai Baht = RM13.06.
Semua di atas adalah fakta dan tidak boleh dipertikaikan.
Ekonomi menurun selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah fakta.
Beberapa hari dahulu, Guan Eng pula meminta rakyat untuk bersabar sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum ekonomi boleh pulih.
Sebagaimana dijangkakan, dia menyalahkan 1MDB sebagai punca ekonomi teruk.
Baik, di sini saya memberi beberapa fakta mengenai 1MDB:
1. Hutang 1MDB kini ialah sekitar RM30 bilion.
2. Semua wang dari 1MDB ialah dari sumber pinjaman, bukan dijarah dari rizab kerajaan ataupun dari Petronas, Khazanah dan sebagainya.
3. Hutang 1MDB hanya perlu dibayar dengan sepenuhnya pada tahun 2039.
4. Aset-aset 1MDB juga besar nilainya. Guan Eng sendiri mengakui projek TRX yang sedang dibangunkan akan memberi keuntungan. Ini tidak termasuk lagi aset yang lain seperti Bandar Malaysia yang bernilai puluhan bilion.
5 Satu perjanjian penyelesaian sudah ditandatangan dengan kerajaan Abu Dhabi untuk mendapatkan semula semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB sebelum 31 Disember 2020.
6. RM30 bilion ini jauh lebih rendah dari RM82 bilion yang kerajaan PH jarah dari Petronas dan juga berbanding hasil RM40 bilion yang hilang akibat SST yang gantikan GST serta ketika tempoh 3 bulan GST sifar tahun lepas.
7. RM30 bilion merupakan 4.3% dari jumlah hutang rasmi kerajaan sebanyak RM686 bilion dan 2.22% dari jumlah KDNK negara sebanyak RM1.35 trilion pada tahun 2017.
Ya, betul. 1MDB memang ada masalah. Oleh itu, kerajaan BN menjalankan rasionalisasi ke atas 1MDB dan telah menandatangani perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat semula wang yang dikatakan hilang.
Bagaimanapun, saya nak tanya Guan Eng soalan berikut:
Skandal forex BNM di mana RM33 bilion dari rizab negara hilang begitu sahaja pada tahun 1993 merupakan 34.4% dari jumlah hutang rasmi kerajaan RM96 bilion dan 19.2% dari jumlah KDNK negara sebanyak RM172 bilion pada tahun itu.
Hutang 1MDB masih belum perlu dibayar, nilai asetnya masih tinggi dan ada usaha untuk mendapat kembali wang yang dikatakan hilang akan menjahanamkan ekonomi negara?
Tetapi skandal FOREX di mana wang yang rugi tidak dapat dicari ataupun dituntut kembali, tidak ada aset ditinggalkan dan ia merupakan peratusan yang amat besar dari KDNK negara TIDAK menjanamkan ekonomi negara pula?
Guan Eng boleh jawab?
Kerajaan PH perlu mengaku sahaja bahawa ekonomi menjadi teruk di bawah dasar dan kawalan mereka - bukan sebab 1MDB.
Jangan cuba lagi untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu dengan pelbagai tuduhan dan alasan yang tidak masuk akal.
Guan Eng, nasihat saya, tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai Menteri Kewangan yang jujur bukan sebagai Menteri Kewayangan yang tugasnya untuk mecari alasan setiap hari.
Apa yang kerajaan PH dan menteri-menteri buat ketika ini?
Sibuk membuat pusingan U di atas pusingan U.
Sibuk merebut kuasa sesama sendiri.
Sibuk jual aset-aset negara.
Sibuk menakut-nakutkan pelabur
Sibuk bergaduh dengan negara-negara lain.
Siapa yang jaga ekonomi kita pada masa ini?
Oleh : Najib Razak
Penulis ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Demikianlah Artikel Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA
Sekianlah artikel Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/ekonomi-jatuh-selepas-pru14-di-dalam.html
0 Response to "Ekonomi jatuh selepas PRU14 di dalam tangan PH adalah FAKTA"
Posting Komentar