Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng

Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng
link : Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng

Baca juga


Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng

Ini juga antara pendedahan saya tentang cara pengurusan ekonomi Guan Eng yang dia "malas" untuk layan.
Main propaganda menipu, dia tak malas.
Sebaliknya, dia rajin.


--------------------------------------------------------------------------

Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tidak berpuas hati. Dia mengadu bahawa saya telah menyerang secara peribadi setelah saya nyatakan bahawa langkah menjual aset sebagai cara untuk menampung kos kerajaan bukan pandai pun. 


Melalui satu kenyataan akhbar, Guan Eng berkata semasa dia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri selama 10 tahun, kerajaan Pulau Pinang hanya menjual 43 hektar tanah.

Tidak perlu untuk mengulas panjang lebar jika mahu mematah ketidakjujuran beliau. Kita hanya perlu merujuk kepada kenyataan Guan Eng sendiri pada masa silam di mana hanya satu penjualan tanah ini sahaja sudah 99.2 hektar (245 ekar):
https://limguaneng.com/index.php/2014/01/12/to-correct-a-mistake-in-my- statement-yesterday-enbmcn/

Biar Guan Eng bongkarkan Guan Eng.

Sebenarnya, selama temph 10 tahun ini, kerajaan Pulau Pinang di bawah beliau sudah menjual dan memberi tanah ataupun hak tanah milik kerajaan negeri sebanyak 2,337.5 hektar (5,776 ekar) – dan bukan hanya 43 hektar seperti didakwanya.

Ini termasuk dua projek PPP untuk projek terowong yang kini tiada apapun boleh dilihat dan projek PTMP di mana hak penambakan tanah diberi.

Guan Eng juga masih mahu meraih pujian dengan berkata dia telah mengurangkan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang sebanyak 90% padahal ianya usaha kerajaan pusat BN pada tahun 2010 apabila kerajaan pusat memberi bantuan kepada kerajaan negeri dengan mengstruktur semula aset air mereka dan sekaligus telah mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta iaitu 95% dari hutang kerajaan Pulau Pinang pada masa itu.

Guan Eng sendiri juga pernah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai perkara ini bagaimana kerajaan pusat di bawah BN telah menolong Pulau Pinang untuk mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95%:
https://limguaneng.com/index.php/2011/06/01/historic-water-restructuring-agreements-between-penang-state-government-and-the-federal-government-enbmcn/

Internet tak pernah lupa.

Jika fakta fakta yang sangat nyata dan ketara ini masih mahu tidak jujur, apa lagi yang mereka tidak berani untuk terus berbohong termasuk hal kewangan negara?

Guan Eng patut sedar bahawa dia bukan lagi ahli politik pembangkang tetapi menanggung tanggungjawab berat sebagai menteri kewangan negara. Oleh itu, dia patut dan seeloknya lebih jujur.


Oleh : Najib Razak

Penulis ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-6


Demikianlah Artikel Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng

Sekianlah artikel Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/isu-jual-tanah-antara-isu-tak-mampu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Jual Tanah antara Isu TAK MAMPU dijawab Guan Eng"

Posting Komentar