(Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC

(Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC
link : (Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC

Baca juga


(Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC


Dong Zong yang mendesak kerajaan iktiraf UEC mempunyai wakil dalam keanggotaan PPDUEC, tetapi tokoh pendidik dan wakil NGO tidak dilantik sebagai anggota pasukan petugas

9 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menggesa Kementerian Pendidikan membubarkan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC), kerana terdapat konflik kepentingan di dalam keanggotaannya.

Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, wujud konflik kepentingan apabila Timbalan Presiden Dong Zong, Tan Yew Sing adalah salah seorang daripada anggota utama PDDUEC.

Dong Zhong adalah Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia yang sejak sekian lama mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diguna pakai sekolah persendirian Cina.

UEC pula adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

PPDUEC itu diketuai anak kepada pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Dr Eddin Khoo dan dibantu Yew Sing, serta Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, beliau dijemput mengadakan mesyuarat dengan PPDUEC semalam, dan mendapati keanggotaannya tidak inklusif, malah wujud konflik kepentingan apabila kumpulan pendesak supaya UEC diiktiraf berada di dalam pasukan petugas itu.

“Keanggotaan PPDUEC juga tidak inklusif. ‘Stakeholders’ yang besar iaitu tokoh-tokoh pendidikan dan wakil-wakil NGO yang telah banyak melakukan kajian, wacana dan bantahan terhadap pengiktirafan UEC ini tidak dibabitkan di dalam PPDUEC,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Aminuddin berkata, Isma sentiasa yakin bahawa agenda mengiktiraf UEC ini adalah cubaan tersusun untuk meleburkan identiti Melayu sebagai identiti negara.

Beliau berkata, jalan terbaik adalah dengan memperbaiki dan memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan sedia ada jika terdapat sebarang masalah.

“Bukannya mewujudkan atau mengiktiraf sistem pendidikan baru. Bukan sahaja pengiktirafan UEC perlu ditentang, tetapi kewujudan semua jenis sekolah vernakular di Malaysia, baik milik kerajaan mahupun swasta perlu ditentang dan ditutup.

“Solusi sistem sekolah satu aliran adalah solusi yang terbaik, terutama untuk kebaikan jangka masa panjang negara,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel (Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC

Sekianlah artikel (Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/02/melayu-jangan-pengecut-bubar-pasukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(Melayu Jangan Pengecut) Bubar pasukan petugas kaji dasar UEC"

Posting Komentar