[MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?

[MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?
link : [MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?

Baca juga


[MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?


Kerajaan belum membuat keputusan untuk menutup 30 pejabat kedutaan Malaysia di luar negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. 

Beliau berkata, kajian mengenai perkara itu dilakukan secara berkala bagi menilai keperluan mengekalkan pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. 

Katanya, Malaysia memiliki 108 pejabat kedutaan di luar negara tetapi jumlah itu tidak melambangkan hubungan yang substantif antara negara terbabit. 

"Untuk makluman, ada negara seperti Singapura yang hanya ada 80 pejabat kedutaan, manakala Indonesia memiliki lebih sedikit kerana mereka 10 tahun lebih awal merdeka, Thailand ada 102 dan Filipina memiliki lebih sedikit dari kita. 

"Kadang-kadang kita lihat ada negara yang tiada keperluan (ada pejabat kedutaan Malaysia) tetapi tidak bermakna kita tidak ada wakil, kadang-kadang ada duta untuk membolehkan hubungan dua negara tetap terpelihara. 

"Saya boleh nyatakan ketika ini tiada sebarang keputusan untuk menutup 30 pejabat kedutaan kita di luar negara," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. 

Terdahulu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN-Kuala Terengganu) pada sesi perbahasan membangkitkan isu mengenai cadangan kerajaan mempertimbangkan penutupan 30 pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. 

Beliau berkata, perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini. 

"Tindakan ini akan menjejaskan operasi dan juga kepercayaan negara luar mengenai kehadiran Malaysia di negara berkenaan," katanya.


Demikianlah Artikel [MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?

Sekianlah artikel [MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/mahu-jimat-duit-kerajaan-akan-tutup-30.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?"

Posting Komentar