Judul : "Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor
link : "Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor
"Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang ADUN DAP menggunakan istilah 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
ADUN DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.
Kemudian, ADUN BN-Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam.
"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.
Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu.
Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.
Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang individu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.
"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin.

Demikianlah Artikel "Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor
Sekianlah artikel "Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/tok-lebai-cetus-kecoh-di-dun-selangor.html
0 Response to ""Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor"
Posting Komentar