Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?

Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?
link : Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?

Baca juga


Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?




Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan sama ada campur tangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyebabkan Petronas terpaksa membayar harga minyak mentah dari Saudi Aramco dengan harga lebih mahal.

Rafizi berkata, ini kerana dalam laporan Reuters sebelum ini dengan jelas menyebut bahawa sumbernya menyebut Saudi Aramco menyatakan keputusan menggantung penyertaannya dibuat setelah mereka mendapati pulangan pelaburan yang tidak mencukupi.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan itu berkata rakyat perlu memahami bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh Petronas dan Saudi Aramco melibatkan persetujuan untuk membekalkan minyak mentah yang menjadi bahan asas untuk ditapis dan diproses di kompleks penapisan minyak dan petrokimia (Rapid) di Penggerang.

Oleh itu, Rafizi berkata kebimbangan beliau kini berkisar laporan Reuters dan kenyataan Abdul Rahman yang mendabik dada bahawa campur tangan beliau telah “menyelamatkan” penyertaan Saudi Aramco sekali gus mempersoalkan kemampuan menteri kerajaan itu.

Semalam, Rafizi menggesa Abdul Rahman menjelaskan peranan sebenar beliau dalam 'menyelamatkan' perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion (RM31 billion) antara Petronas dan Saudi Aramco.

Pada sidang medianya itu, Rafizi merujuk kepada kenyataan Abdul Rahman yang dilaporkan pada Sabtu lalu bahawa beliau berada di tempat dan masa yang betul apabila rundingan perjanjian itu tidak berjalan seperti dirancang.

Oleh demikian, Rafizi sekali lagi mendesak Abdul Rahman untuk berbuat demikian.

Dua hari yang lalu, Abdul Rahman mendedahkan peranan beliau dalam perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion dengan Saudi Aramco setelah ia tidak berjalan seperti dirancang.

Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan beliau ke Riyadh pada akhir 2016 selepas rundingan perjanjian itu, yang telah berlangsung selama kira-kira dua tahun, berjalan dengan perlahan.


Demikianlah Artikel Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?

Sekianlah artikel Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/rafizi-campur-tangan-rahman-sebabkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?"

Posting Komentar