Judul : Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU
link : Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU
Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU
Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut, dilaporkan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kad OKU milik remaja berusia 19 tahun itu tersebar di laman sosial, dikategorikan sebagai mempunyai ‘masalah pembelajaran’.
Memetik laporan portal liberal FMT, pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan bahawa kad OKU yang dimiliki remaja itu adalah sah, dan ia dikeluarkan pada tahun 2011.
“Doktor mencadangkan dia menjalani program pendidikan khas apabila berada di tingkatan satu,” kata pegawai itu.
Perkara sama turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik daripada laporan China Press.
Dilaporkan, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu remaja berkenaan memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.
Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, seorang pekerja kilang maut apabila kereta Proton Gen2 dipandu melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.
Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal. Ujian air kencing mendapati suspek berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.
Demikianlah Artikel Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU
Sekianlah artikel Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/remaja-cina-pandu-lawan-arus-disahkan.html
0 Response to "Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU"
Posting Komentar