BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank

BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank
link : BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank

Baca juga


BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank


RATUSAN pemegang akaun bank beratur di Menara Maybank di Kuala Lumpur bagi membuat semakan wang di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) susulan isu WTD tular di media sosial sebelum ini.
Tinjauan Harian Metro sejak 9 pagi hari ini mendapati orang beratur panjang bagi mendaftar nama sebelum diberi nombor giliran untuk membuat semakan di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut, Tingkat 42.
Kakitangan JANM yang bertugas di kaunter berkata, orang ramai mula beratur sejak 8.30 pagi dan mereka terpaksa membahagikan barisan kepada dua bahagian iaitu warga emas dan bukan warga emas.
Keadaan bagaimanapun terkawal dan tidak menimbulkan suasana tidak diingini.
Wartawan yang turut beratur sejak 9.50 pagi terpaksa mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mendaftar nama di ruang kaunter kakitangan JANM sebelum sekali lagi beratur untuk naik ke tingkat 42.
"Encik perlu tunggu sebelum dibenarkan ke tingkat 42 kerana kita perlu mengurangkan kesesakan di Bahagian WTD.
"Setiap hari, kami hanya hadkan 2,000 pemegang akaun saja untuk membuat semakan," katanya.
Sehingga 11 pagi ini, orang ramai masih beratur untuk membuat semakan.
Seorang pemilik akaun yang enggan dikenali berkata, dia datang membuat semakan selepas terkejut melihat rakannya yang hanya mempunyai baki belasan ringgit di dalam akaun bank tidak aktif kira-kira 10 tahun lalu mempunyai sejumlah RM700 di dalam senarai WTD.
"Sebab itu hari ini saya sanggup beratur panjang sejak 10 pagi kerana kalau dapat RM300 ke RM400 pun sudah berbaloi," katanya.
Semakan WTD hanya boleh dibuat sendiri oleh pemilik akaun dengan hanya membawa kad pengenalan dan WTD akan dipindahkan terus ke mana-mana akaun mereka yang aktif. - MyMetro


Demikianlah Artikel BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank

Sekianlah artikel BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/07/beratur-panjang-mahu-semak-wang-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BERATUR PANJANG mahu semak Wang Tak Dituntut (WTD) di Menara Maybank"

Posting Komentar