Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA

Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA
link : Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA

Baca juga


Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA


GEORGE TOWN, 31 JUL: Pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) digesa supaya tidak mengamalkan sikap dwi-standard dan menjelaskan anugerah yang turut diberikan Europe Business Assembly (EBA) kepada beberapa agensi kerajaan Persekutuan.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, meskipun dua agensi kerajaan negeri menerima anugerah kontroversi terbabit, penjelasan dan permohonan maaf telah dibuat kepada orang awam.
“Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah membuat penjelasan terhadap perkara ini dan telah memohon maaf kepada orang awam.
“Padahal agensi-agensi Persekutuan yang turut terlibat dalam perkara ini masih belum menjawab kepada media dan orang awam tentang award EBA yang kontroversial yang dimenangi oleh mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Air Itam menggesa agar agensi kerajaan Persekutuan dan menteri yang bertanggungjawab melakukan perkara yang sama dengan memberikan penjelasan kepada orang awam berhubung isu berkenaan.
Agensi kerajaan Persekutuan yang turut menerima anugerah daripada EBA adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia (UteM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lepas turut dilaporkan media mengucapkan tahniah kepada USIM kerana berjaya merangkul anugerah daripada EBA.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, Zainal Abidin Osman dan Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad seperti dilaporkan media sebelum ini mengecam dua agensi kerajaan negeri ekoran menerima anugerah berkenaan yang didakwa palsu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Maimunah Mohd Sharif pada sidang media semalam menegaskan bahawa pihaknya tidak menyedari bahawa EBA mengeluarkan anugerah palsu seperti yang didakwa.
Malah, katanya, semakan secara terperinci telah dibuat sebelum menerima pelawaan EBA. Beliau bagaimanapun memohon maaf kepada orang awam jika anugerah berkenaan adalah benar-benar palsu. – Roketkini.com


Demikianlah Artikel Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA

Sekianlah artikel Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/07/rupa-rupanya-agensi-persekutuan-juga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA"

Posting Komentar